Pemeriksaan kesihatan percuma PeKa B40: Ramai masih tidak tahu



Pemeriksaan saringan kesihatan PeKa B40 masih kurang diketahui dalam kalangan penerima Bantuan Sara Hidup Kerajaan Persekutuan.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Wangsa Maju Datin Paduka Dr Tan Yee Kew baru baru ini menganjurkan pemeriksaan kesihatan Peka B40 untuk penduduk di Blok 41 dan 43, PPR Gombak Setia.


Program tersebut diadakan di pejabat persatuan penduduk dengan anjuran bersama sukarelewan dari Persatuan Kebajikan Bekas Polis Skuad 69 PDRM dan Persatuan Penduduk PPR Gombak SetIa.


Menurut Dr Tan, lokasi tersebut dipilih sebagai projek perintis dan telah mensasarkan seramai 100 penduduk


"Program ini telah lama wujud namun tidak banyak usaha dari pihak berkuasa untuk menjalankan aktiviti ini.

Dr Tan (berdiri) menyaksikan pemeriksaan kesihatan

"Saya bercadang untuk memperbanyak program PeKa B40 bersama rakan-rakan bekas polis yang masih ingin menyumbang walaupun mereka telah bersara”, katanya merujuk kepada persatuan Skuad 69 yang dianggotai oleh bekas dan pesara polis.


Bagi sukarelawan Dr James dan rakan-rakan bekas polis di Skuad 69, mereka telah banyak menjalankan program PeKa B40 di seluruh negara.


Menurut Dr James, program yang diwujudkan semasa kerajaan Pakatan Harapan itu disasarkan kepada golongan yang betul-betul memerlukan.


"Syarat kelayakan mudah. Sesiapa yang mendapat skim BSH/BPN dan berumur 40 tahun ke atas boleh menikmati insentif kesihatan. Sambutan di sini amat memberangsangkan,” katanya.


Salah seorang peserta program saringan kesihatan itu, Khair Nasaruddin berterima kasih dengan khidmat saringan kesihatan percuma tersebut.


"Rupa-rupanya ramai yang tidak mengetahui skim kesihatan sebegini yang dimanfaatkan kepada golongan B40. Terima kasih kepada Ahli Parlimen Wangsa Maju atas inisiatif ini," katanya.


Menurut pengurus program, Andre Lai pula, beliau akan merancang kesinambungan program PeKa B40 itu untuk seluruh kawasan Parlimen Wangsa Maju pada masa akan datang memandangkan sambutan baik di PPR Gombak Setia berkenaan.


"Kami mempunyai profail penduduk yang ramai. Melalui profail ini, kami dapat menentukan lokasi program seterusnya supaya ia dapat memanfaatkan lebih ramai penduduk B40 di kawasan seperti Danau Kota dan Seksyen 1, 2," katanya.


Menurut laporan daripada pelopor program PeKa B40, ProtectHealth Corporation, hampir 89% daripada mereka yang layak untuk skim perlindungan penjagaan kesihatan PeKa B40 telah gagal menjalani pemeriksaan kesihatan.


Skim tersebut memberi saringan kesihatan percuma serta insentif pembelian alat perubatan sehingga RM 20,0000, insentif bayaran selepas rawatan kanser serta elaun pengangkutan untuk ke hospital menjalani rawatan.


Baru-baru ini, had umur kelayakan PekaB40 telah diturunkan ke 40, dan ia mampu memberi faedah kepada lebih ramai lagi penduduk.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER