top of page

Pemergian Pyanhabib satu kehilangan kepada dunia seni tanah air

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 5, 2024
  • 1 min read

ree

Pemergian Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib merupakan satu kehilangan besar kepada dunia seni tanah air, terutama genre puisi.


Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Pyanhabib amat memberkas ke jiwa beliau kerana puisi yang dideklamasikannya telah sebati dengan zaman awal beliau berjinak jinak dengan aktiviti kesenian.


"Di awal perjalanan saya sebagai seorang penggiat seni, saya sering nantikan persembahan bacaan sajak oleh Allahyarham.

"Kali terakhir kami bekerjasama ialah ketika melakukan ‘cameo’ dalam video Malaysia MADANI, nyanyian Bunkface tahun lalu.


"Pemergian Allahyarham akan diratapi para seniman tanah air," katanya dalam catatan di Facebook.


Fahmi mendoakan agar roh Pyanhabib diredai olehNya dan tenang di negeri yang abadi.


"Tenanglah dikau di negeri abadi.


"Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page