Pemenjaraan Najib bukti kejayaan reformasi pentadiran PH
- Redzuan Shamsudin
- Aug 25, 2022
- 1 min read

Pemenjaan bekas Perdana Menteri Najib Razak dengan sabitan kesalahan yang dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan kelmarin merupakan bukti penting kejayaan reformasi pentadbdiran era kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan.
Menurut Ketua Cabang Wangsa Maju, Andre Lai, tanpa PH menjatuhkan BN tiada seorang kleptokrat pun yang akan berjaya dihumban ke penjara, malah tidak mungkin akan dibicarakan di mahkamah.
"Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu merupakan kemenangan simbolik mempertahankan kedaulatan negara.
"Selama 4 tahun, mahkamah menjadi tempat permainan pasukan peguam licik Najib Razak untuk memperlekehkan sistem kehakiman negara. Bahkan hari-hari terakhir perbicaraan memperlihat Najib cuba mencabar hakim dan prosedur mahkamah, dengan niat untuk melenggahkan tempoh perbicaraan.
"Mengimbas kembali, era pemerintahan BN sebelum PRU14 merupakan rejim pemerintahan yang rasuah dan bongkak. Tidak disangka-sangka rejim ‘too big too fail’ mampu tumbang, dan tidak pernah kita terfikir seorang Perdana Menteri korup di Malaysia dapat dibawa ke muka pengadilan.
"Tanpa kemenangan terhadap kleptokrat dalam PRU14, tentunya tidak akan ada perubahan seperti yang dilihat hari ini. Meskipun kerajaan PH hanya mampu bertahan 22 bulan, namun reformasi institusi yang menjadi asas penubuhan KEADILAN terus mendapat tempat dalam landasan politk negara," katanya dalam satu kenyataan.
Justeru itu, kata Andre, penting untuk rakyat kembali mengangkat PH dalam Pilihan Raya Umum ke 15 bagi meneruskan pembongkaran kes kes korupsi, dan mengekalkan perbicaraan di mahkamah tanpa campurtangan politik.
"Perbicaraan kes-kes rasuah seumpama ini harus diteruskan tanpa campurtangan kuasa eksekutif agar integriti sistem perundangan negara dapat dipulihkan.
"Kemenangan kes SRC hanyalah permulaan tapi membawa impak kemerosotan persepsi awam terhadap BN. Kes rasuah seperti 1MDB dan LCS akan sentiasa diungkit, berulang kali diulas dan terus dihakimi rakyat," katanya lagi.
Beliau berharap momentum baharu akan tercetus dalam kalangan rakyat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.
Comentarios