top of page

Pemberian Projek Tanpa Proses Tender Mengejutkan - Fahmi Fadzil


Tindakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia memberikan projek spektrum telekomunikasi 700 megahertz (MHz) kepada beberapa syarikat telekomunikasi yang dipercayai dibuat tanpa proses tender terbuka disifatkan sebagai mengejutkan, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.


Beliau berkata, laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut menunjukkan majoriti syarikat menggesa supaya proses tender dilakukan.

"Malangnya, arahan menteri menyaksikan tiada proses tender dijalankan atau tidak diumum, tiada satu pengendali atau konsortium diberikan keseluruhan spektrum, dan jumlah blok spektrum 2x5 MHz yang diberi kepada Altel dan Telekom Malaysia tidak mengikuti pandangan awal SKMM pada 1 Julai 2019 mahupun laporan SKMM 29 September 2019.


"Ia melanggar prinsip ketelusan yang telah diperkukuhkan oleh Pakatan Harapan (PH) sepanjang 22 bulan mentadbir negara, malah ia menimbulkan persoalan terhadap proses pemilihan syarikat-syarikat serta jumlah spektrum yang diberikan kepada setiap syarikat," katanya dalam kenyataan.


Tambah Fahmi, Altel Communication Sdn Bhd iaitu salah satu dari lima syarikat penerima spektrum pernah memberitahu SKMM bahawa satu pengendali sudah memadai untuk keseluruhan spektrum 700 MHz bagi memudahkan prasarana telekomunikasi disediakan secara lebih tersusun bagi mengelakkan pembaziran serta lebih adil kepada semua pengendali perkhidmatan telekomunikasi mudah alih.


Fahmi turut menyediakan lima soalan khusus kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah mengenai projek tersebut:


1. Mengapa blok-blok spektrum 700 MHz ini diberikan dengan cara ini, dan bukannya melalui sebuah konsortium yang sudah pasti lebih efisyen?

2. Apakah kriteria kelayakan bagi setiap syarikat tersebut, termasuk kejayaan syarikat membina rangkaian mudah alih (mobile network) dan jumlah pelanggan sedia ada?

3. Kenapa Altel dan Telekom Malaysia diberi blok spektrum 2x5 MHz walaupun tidak ideal seperti yang dinyatakan SKMM?

4. Berapakah fi yang dikenakan kepada setiap syarikat?

5. Apakah perancangan setiap syarikat berkait penggunaan blok spektrum ini bagi jangkamasa lima tahun yang akan datang, terutama dari segi prasarana dan perkhidmatan?


Fahmi menggesa Saifuddin menjawab semua soalan tersebut bagi memastikan rakyat benar-benar dapat menikmati teknologi 5G seperti yang dijanjikan PH sebelum ini.


"Spektrum 700 MHz berkait rapat dengan pelaksanaan teknologi 5G serta program NFCP, yang merupakan masa depan teknologi telekomunikasi dan sudah pasti akan mendatangkan kesan kepada rakyat.


"Jika diulangi kesilapan-kesilapan masa lampau, termasuk prasarana yang gagal dibina atau tidak terselaras, akhirnya pengguna lah yang akan rugi," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page