top of page

Pemberian kewangan kepada negeri Johor berlandaskan Perlembagaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 hours ago
  • 1 min read

Pemberian kewangan kepada negeri-negeri dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, bukan dilakukan secara sewenang-wenangnya.


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (gambar) berkata, setiap bentuk agihan kewangan kepada negeri termasuk Johor adalah tertakluk kepada kerangka perundangan yang jelas dan tidak wajar dipertikaikan.


"Di bawah Perkara 109 (1) Perlembagaan Persekutuan, dinyatakan bahawa pada setiap tahun kewangan hendaklah Kerajaan Persekutuan memberi kepada setiap negeri suatu pemberian yang dikenali sebagai pemberian ikut kepala, berdasarkan peruntukan Bahagian I Jadual Kesepuluh," katanya merespons kepada pendapat yang mendakwa Kerajaan Negeri Johor tidak mendapat sumbangan secukupnya dari Persekutuan.


Selain itu, kata Hassan, Perkara 110(1) pula menetapkan bahawa negeri berhak menerima hasil daripada cukai, fi dan sumber lain seperti yang diperincikan dalam peruntukan sedia ada.


Sekiranya mana-mana pihak Kerajaan Negeri tidak berpuas hati, maka Perlembagaan Persekutuan menyediakan peruntukan undang-undang di mana masalah tersebut dirujuk kepada Majlis Kewangan Negara," katanya.


Menurut beliau, menjadi kewajipan Kerajaan Persekutuan di bawah Perkara 108(4) untuk berunding dengan Majlis Kewangan Negara berkenaan pemberian yang dibuat oleh Persekutuan kepada Negeri-Negeri.


Sehubungan itu, beliau berkata Kerajaan Negeri boleh membawa isu berkaitan pemberian kewangan tersebut kepada forum berkenaan sekiranya tidak berpuas hati.


"Berdasarkan peruntukan undang-undang bertulis yang sedia ada ini, maka mana-mana Kerajaan Negeri Johor yang dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri Johor pada 11 Jun 2026, bolehlah membawa isu pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Johor yang dipertikaikan (jika ada) kepada Majlis Kewangan Negara," katanya lagi.


Beliau menegaskan bahawa mekanisme sedia ada telah menetapkan sistem kewangan antara Persekutuan dan negeri yang telus serta berlandaskan undang-undang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page