top of page

Pemberian bantuan subsidi bersasar ganti tol percuma langkah tepat - Onn

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 24
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Pemberian subsidi bersasar bantuan musim perayaan dilihat lebih relevan bagi menggantikan tol percuma yang dinikmati semua golongan masyarakat sebelum ini.


Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar berpendapat langkah pendekatan subsidi bersasar itu sesuai dengan keadaan ekonomi pada waktu ini yang telah pulih dan golongan bawahan lebih layak dibantu.


Bagaimanapun katanya, Jemaah Menteri masih belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.


"Esok (hari ini) baru Jemaah Menteri akan bermesyuarat.. apa pun kita nantikan keputusan mesyuarat.


"Tetapi kita menyokong penuh sebarang saranan daripada pihak kerajaan untuk memperbaiki hal (subsidi) tersebut," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian diminta mengulas mengenai cadangan pihak kerajaan untuk menghentikan tol percuma yang diberikan secara pukal setiap kali musim perayaan di Malaysia kepada insentif baharu yang belum diputuskan.


Ditanya mengenai cadangan sesetengah pihak untuk menggantikan tol percuma kepada pemberian tiket bas atau kereta api kepada golongan B40 untuk pulang ke kampung, beliau menyokong saranan itu.


Onn yang juga Setiausaha Politik Presiden KEADILAN berkata, pemberian tiket pengangkutan awam kepada golongan memerlukan juga dapat mengurangkan kesesakan di lebuh raya.


"Pada masa sama kita boleh menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam.


"Kalau boleh, perkara tersebut dilaksanakan segera," ujarnya lagi.


Kelmarin, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerajaan memutuskan untuk menghentikan pemberian tol percuma sempena musim perayaan dan hal itu sudah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet tahun lalu.


Bagaimanapun katanya, kerajaan akan menggantikan pemberhentian tol percuma dengan pendekatan yang lebih bersasar.


Sebelum ini kerajaan memaklumkan syarikat konsesi tidak menanggung sebarang implikasi kewangan berikutan pengecualian tol pada musim perayaan dan pihak kerajaan perlu membayar purata RM20 juta pada setiap hari tol percuma dikuat kuasakan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page