top of page

Pembentangan RUU 342 ditangguh Isnin, PH terus runding dengan kerajaan



Penangguhan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 atau Akta 342 yang sepatutnya dibaca kali pertama pada petang ini kepada Isnin hadapan, merupakan kejayaan awal Pakatan Harapan (PH) dalam usaha menggugurkan tambahan hukuman dalam akta berkenaan.


Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen akan bersidang minggu hadapan bagi mendengar isu isu yang berbangkit terkait pindaan RUU 342 tersebut.


"Kita baru dengar keputusan Menteri Kesihatan mohon menangguhkan pembentangan RUU kesihatan untuk membolehkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen bersidang pukul 8.00 pagi (Isnin) dan seterusnya pembentangan di Parlimen pukul 10.00.


"Ini menujukkan bahawa beberapa kelemahan, kerana pembentangan itu terburu buru walaupun keadaan persekitaran kesihatan itu mendesak. Keduanya, semalam dibawa pindaan dan hari ini akan dikemukan satu lagi pindaan.


"Kita mohon masa untuk meneliti setiap aspek. Paling kita tekankan ialah soal penambahan kompaun RM1,000 bagi rakyat. Ini sangat membebankan dan kita tidak boleh terima sama sekali.


"Kedua, penguatkuasaan, ketiga kadar kompaun bagi syarikat. Kerana istilah syarikat itu terlalu umum, termasuk pertubuhan, parti dan sebagainya. Ini harus diberi penjelasan yang menyebabkan kita mohon ditangguhkan dan dibincang dengan teliti," katanya dalam sidang media di Parlimen petang ini.


Tegas Anwar, hanya sekiranya kerajaan bersetuju dengan tuntutan PH maka sokongan akan diberikan, sekiranya tidak maka PH tidak akan menyokong pindaan Akta 342.


"Kalau kerajaan bersetuju ia boleh diteruskan. Kalau asasnya tidak dipersetujui kita dari PH terpaksa menolak RUU tersebut," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page