top of page

Pembebasan Zahid Hamidi: AMK Selangor mahu Peguam Negara fail rayuan



Pembebasan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah semalam perlu dirayu ke peringkat mahkamah yang lebih tinggi.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata meskipun rakyat menghormati keputusan yang dibuat oleh hakim Mohd Yazid Mustafa itu, namun Peguam Negara yang mewakili kepentingan awam perlu merayu pembebasan berkenaan.


"Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui Datuk Mohd Yazid Mustafa telah memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan suatu kes prima facie, sekaligus melepaskan dan membebaskan Presiden Umno tersebut. Mahkamah juga memutuskan tiga saksi dalam kes tersebut adalah tidak kredibel atau tidak boleh dipercayai.


"Walau bagaimanapun, AMK Selangor menggesa Jabatan Peguam Negara untuk mengambil tindakan segera dengan meneliti alasan penghakiman serta memfailkan rayuan ke atas keputusan tersebut dengan kadar segera, memandangkan kes ini adalah melibatkan kepentingan awam dan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.


Tegas Izuan, AMK Selangor akan terus komited dalam usaha untuk memerangi rasuah, kleptokrat serta segala bentuk penyelewengan demi kemaslahatan tanah air tercinta.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page