top of page

'Pembatalan kelulusan projek tambak laut Pulau Pinang kemenangan kepada nelayan'

  • Sep 10, 2021
  • 1 min read

Updated: Sep 11, 2021



Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menyifatkan pembatalan kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) sebagai satu kemenangan moral kepada golongan nelayan.


Beliau berkata, ia sepatutnya dijadikan iktibar oleh kerajaan negeri Selangor selepas cuba melakukan penyahwartaan terhadap Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara.


“Saya juga berharap akan ada perkembangan positif menerusi pengumuman daripada kerajaan Selangor mengenai perkara ini (penyahwartaan hutan simpan kekal) selepas ini.


“Insya-Allah, apabila kita mengutamakan khazanah dan masa depan, kita pasti akan mengharapkan keputusan yang terbaik daripada kalangan pemimpin di peringkat tertinggi,” katanya.


Terdahulu, Nurul Izzah menggesa kerajaan Pusat dan kerajaan negeri supaya membatalkan projek PSR dengan serta-merta.


Katanya, projek tersebut telah tersasar daripada tujuan asalnya iaitu untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) pada 2015.


Sebaliknya kata beliau, PSR lebih banyak menumpukan kepada kepentingan sesetengah pihak serta mengabaikan kelestarian alam sekitar dan menjejaskan punca rezeki golongan nelayan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page