Tindakan Suruhanjaya Pencegahann Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa dua pembantu Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah dikritik hebat Presiden KEADILAN.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, pendakwaan selepas 4 tahun siasatan dikhuatiri hanya bermotifkan dendam kerana tindakan Sivarasa yang memulakan pendedahan kontroversi pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM.
"Saya ikuti isu pegawai serta bekas pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh, Naveen K Rasiah dan Nico Kam yang didakwa SPRM.
"Saya merasakan siasatan ke atas kedua-dua individu ini dikhuatiri mempunyai motif dendam tatkala kes-kes lain melibatkan pemimpin-pemimpin besar tidak dipedulikan," katanya.
Anwar turut mengkritik SPRM yang tidak mempedulikan pemimpin pemerintah yang terang terangan mempamerkan kekayaan jauh di luar batasan gaji bulanan mereka dan sepatutnya diambil tindakan.
"Malah saya melihat ada juga pemimpin lain yang mempamerkan kekayaan melampau tapi tidak disiasat atau diambil tindakan.
"Saya menggesa SPRM untuk memberi fokus kepada kes-kes besar yang masih belum ada penyelesaian setakat ini," katanya lagi.
Comments