top of page

Pembangunan semula Gaza: Malaysia dipelawa jadi penyelaras bersama

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 days ago
  • 1 min read
ree

Malaysia mengesahkan menerima jemputan Mesir dan Perancis sebagai penyelaras bersama kepada usaha pembinaan semula Gaza.


Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, Malaysia akan menghadiri Persidangan Antarabangsa Pembinaan Semula Gaza yang dijadualkan di Mesir bulan ini.


"Malaysia dijemput sebagai co-convener kepada usaha pembinaan semula di Gaza.


"Jadi saya akan ke sana (Kaherah, Mesir) untuk kita pastikan supaya Malaysia dapat menyumbang, walaupun tidak banyak, menyumbang kepada pembinaan semula Gaza supaya keadaannya dapat dipulihkan walaupun bukan dalam kadar segera," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.


Perancis dan Mesir antara negara terlibat dalam Deklarasi New York yang menyokong usaha penyelesaian dua negara bagi konflik sekaligus mengiktiraf negara Palestin.


Perhimpunan Agung PBB pada 12 September lepas meluluskan resolusi tersebut dengan 142 undi menyokong, 10 menentang dan 12 berkecuali.


Sementara itu Mohamad Hasan menegaskan, Malaysia komited menyumbang kepada pembangunan semula Gaza bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin.


Selain itu, Malaysia turut menyokong keputusan mesyuarat menteri luar negara Islam berkaitan pengurusan pasca konflik Gaza dan menyatakan kesediaan Malaysia menghantar pasukan pengaman di bawah mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page