top of page

Pembangunan Sabah harus jadi isu nasional, ikut perspektif anak negeri - UPKO



Pembangunan negeri Sabah sering ditimbulkan bersama Perjanjian Malaysia 1963 yang didakwa dilaksanakan tidak mengikut semangat asal sebagai rakan kongsi pembentukan Malaysia.


Di atas kesedaran kesaksamaan pembangunan itu, UPKO menyertai Pakatan Harapan (PH) dua bulan lalu bagi memperkukuh perjuangan mengangkat isu Sabah menjadi isu nasional.


Menurut Preisden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, parti itu mahu isu keselamatan, pendidikan dan perindustrian di Sabah tidak lagi menjadi isu wilayah yang terasing dan tidak dibincangkan oleh ahli politik Semenanjung.


"Jadi apa pun yang UPKO bawa kepada PH adalah pembangunan Malaysia dari perspektif Sabah. Kalau selama ini Sabah dikatakan sering terlepas pandang, setelah dibagi-bagi peruntukan, (baru tersedar) untuk Sabah macam mana?


"Selepas itu ada pula perkataan "termasuk Sabah dan Sarawak". Selepas ini kita mahu berjuang, membawa bersama PH, agar cabaran pembangunan di Sabah ini diangkat menjadi masalah nasional.


"Contoh masalah keselamatan, kemiskinan, pendidikan dan insfrastruktur, kita akan bawa ke peringkat nasional," katanya dalam wawancara bersama Suara Keadilan baru-baru ini.


Menurut Ahli Parlimen Tuaran itu, masalah kesenjangan ekonomi antara Sabah dan Semenanjung merupakan hal yang telah berlarutan tetapi tidak mampu diselesaikan oleh BN ketika UPKO itu masih menjadi rakan komponen.


Tanpa ekonomi yang dijana sebaik-baiknya, kata Wilfred, peluang pekerjaan di Sabah tidak akan bertambah dan penduduk negeri itu akan terus berhijrah ke Semenanjung untuk mencari penghidupan.


"Masalah ini adalah masalah Malaysia, bukan masalah Sabah sahaja. Paling ketara kesenjangan dari segi jurang pembangunan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang kelihatan begitu besar.


"Kita boleh lihat dari segi pencapaian ekonomi sebagai contoh. Pendapatan per kapita Malaysia AS$10,000 tetapi di Sabah baru AS$5,000, setengah. Sumbangan Sabah dalam ekonomi Malaysia baru 6% dari KDNK sedangkan kita sebuah negeri yang kaya dari segi sumber asli, minyak dan gas, 30% sawit Malaysia dari Sabah.


"Tetapi dari segi industri terlalu rendah. Kesemua ini kita mahu angkat menjadi masalah Malaysia. Sebab akhirnya apabila ekonomi Sabah begitu terkebelakang, kita gagal menyediakan peluang kerja berkualiti. Akhirnya orang Sabah datang ke Lembah Kelang mencari pekerjaan, ke Johor, Pulau Pinang dan sebagainya," katanya.


Penghijrahan berterusan penduduk, tegas Wilfred, tidak baik untuk masa hadapan Sabah dan juga Malaysia.


Beliau berharap dengan termeterainya memorandum kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan keadaan di Sabah akan boleh diperbaiki dengan iltizam bi-partisan dalam politik.


"Sebab itulah perspektif pembangunan Malaysia dari kaca mata Sabah (pembangunan saksama). Itu yang kita mahu bawakan," katanya lagi


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page