top of page

'Pembangkang tiada solusi selesai masalah negara, lebih baik sokong PM'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 23
  • 1 min read

Oleh: Akmal Manaf


Permintaan pihak pembangkang agar Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan disifatkan sebagai tidak masuk akal, lebih-lebih lagi ketika prestasi ekonomi dan pentadbiran negara menunjukkan perkembangan positif.


Oleh itu, Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang, Senator Abun Sui Anyit (gambar) mempersoalkan kewajaran desakan tersebut, sedangkan pihak terbabit sendiri gagal menonjolkan calon yang layak untuk menggantikan PM Anwar bagi memegang jawatan penting itu.


''Jika persoalan-persoalan asas tidak dapat dijawab dengan jelas dan tuntas, lebih baik semua pihak memberi tumpuan membantu PM meneruskan usaha membangunkan negara yang kini berada di landasan yang betul.


''Sejak akhir-akhir ini juga, terdapat segelintir pihak tertentu menyalahkan Datuk Seri Anwar berkaitan isu yang bukan beliau lakukan.


''Pertama berkaitan kes mahkamah jenayah (ke atas) Yusoff Rawther. Yang kedua pula tentang pelepasan tanpa dibebaskan (DNAA) Datuk Seri Najib Tun Razak.


''Kedua-dua kes itu dalam bidang kuasa Mahkamah dan pihak pendakwaan serta peguambela.


''Sangat tidak masuk akal dan tidak adil untuk kes-kes seperti itu dipertanggungjawabkan ke atas PM,'' katanya yang menyelar tindakan segelintir pihak yang sewenang-wenangnya menuding jari kepada Anwar.


Tegas beliau lagi, Ahli Parlimen Tambun yang juga Presiden KEADILAN itu secara konsisten menegaskan bahawa beliau tidak campur tangan dalam urusan mahkamah dan sentiasa menghormati prinsip pengasingan kuasa.


Oleh itu, kata Abun, sekiranya pembangkang atau pihak yang tidak berpuas hati tiada solusi yang lebih baik berbanding pemerintahan Kerajaan Perpaduan, maka lebih baik mereka menyokong pentadbiran PM untuk kembali meletakkan negara gemilang di mata dunia.


''Sekurang-kurangnya, kita wajar mendoakan beliau (Anwar) serta barisan Kabinetnya yang komited untuk memajukan negara,'' kata beliau yang juga pimpinan KEADILAN Sarawak.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page