Pembangkang terpaksa buat himpunan kerana makin dilupakan
- Suara Keadilan

- Jul 28
- 1 min read

Himpunan pembangkang di Kuala Lumpur Sabtu lalu dilihat sebagai usaha terdesak untuk menunjukkan kehadiran politik setelah Perikatan Nasional kehilangan momentum dan semakin dilupakan dalam kalangan rakyat.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, walaupun Kerajaan Perpaduan terus berfungsi berdasarkan fakta dan data demi kebajikan rakyat, pembangkang masih memilih untuk memainkan sentimen dan membentuk naratif yang mengelirukan demi kepentingan politik sempit mereka.
"Realitinya saya rasa pembangkang kehilangan momentum dan sebab itulah mereka terpaksa membuat himpunan," katanya dipetik ketika ditemui pada majlis pelancaran pembukaan Terminal Bersatu Gombak (TBG) Mall pada Ahad.
TBG Mall dirangka sebagai hab strategik yang menggabungkan elemen komersial, pengangkutan, gaya hidup dan komuniti, menjadikannya satu model pembangunan mampan yang menepati aspirasi Selangor sebagai negeri pintar dan hijau.
Menjadi hub kepada lebih 50 syarikat bas khususnya ke Pantai Timur, ia turut menghubungkan stesen LRT dan dirancang untuk dihubungkan dengan jajaran ECRL pada masa hadapan
Sementara itu Amiruddin menyifatkan perhimpunan Sabtu lalu perlu dikenang sejarah kematangan demokrasi di negara ini kerana ianya dapat berjalan secara aman.
"Ini mencerminkan komitmen kerajaan terhadap keterbukaan serta agenda reformasi termasuk menerima kritikan secara sihat
"Kerajaan tidak beroperasi dengan retorik, tetapi dengan tanggungjawab dan fakta. Keprihatinan kepada rakyat disalurkan dengan cermat agar tidak mencipta masalah baharu di masa depan," ujarnya.









Comments