top of page

Pembangkang Selangor ibarat ‘hidup segan, mati tak mahu'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 19
  • 2 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Pengarah Strategi KEADILAN Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad membidas kenyataan Setiausaha Perikatan Nasional (PN), Dr Afif Bahardin yang mendakwa ada peningkatan sokongan rakyat Selangor terhadap gabungan pembangkang itu.


Dalam satu kenyataan, Saifuddin menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak bersandarkan kepada realiti semasa politik negeri dan hanya mencerminkan sikap "syok sendiri" pemimpin PN.


"Tidak mengejutkan apabila kenyataan sebegitu keluar daripada PN, yang kini ibarat ‘hidup segan, mati tak mahu’. Mereka terus bergantung kepada retorik dan persepsi kosong semata-mata untuk kekal relevan dalam arena politik negeri ini," katanya.


Tambah Saifuddin, sekiranya persepsi cuba dimainkan pembangkang itu tepat, maka gabungan itu seharusnya telah berjaya merampas Selangor dalam Pilihan Raya Negeri yang lalu.


"Sebaliknya, meskipun mereka tanpa segan silu menunggang isu-isu 3R (kaum, agama dan raja), rakyat Selangor tetap memberi kepercayaan kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang terbukti lebih stabil dan meyakinkan," ujarnya.


Afif yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan dalam satu laporan media pada Rabu mendakwa berlaku peningkatan ketara sokongan terhadap PN di Selangor.


Justeru katanya, beliau yakin akan merampas pentadbiran negeri pada pilihan raya akan datang.


Sementara itu Saifuddin dalam kenyataannya menggesa wakil rakyat PN supaya lebih fokus kepada kerja-kerja lapangan berbanding terus hidup dalam angan-angan politik.


Tegasnya, walaupun ADN pembangkang di Selangor menerima peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk memberi khidmat kepada masyarakat, mereka masih gagal menandingi kecekapan dan keprihatinan pentadbiran semasa.


"ADUN serta agensi-agensi di bawah Kerajaan Perpaduan Selangor menunjukkan keupayaan yang lebih efisien, menerusi penglibatan aktif wakil rakyat serta agensi kerajaan dalam menyantuni rakyat, menyelesaikan aduan setempat dan melaksanakan dasar pembangunan yang inklusif dan progresif.

"Kami yakin, dengan rekod pencapaian ini, Kerajaan Perpaduan mampu meraih semula majoriti dua pertiga dalam pilihan raya akan datang," tegasnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page