Pembangkang pun ada hak untuk kemuka usul undi tidak percaya


Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berpandangan speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memberi tafsiran yang salah terhadap isu usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Beliau berkata, setiap ahli parlimen tidak kira mewakili kerajaan atau pembangkang mempunyai hak untuk mengusulkan undi tidak percaya di sidang Parlimen.


"Speaker mengatakan bahawa pihak pembangkang tidak boleh usul undi tidak percaya tanpa kebenaran dari menteri undang-undang dan kerajaan.


"Secara prosedur memang betul tetapi atas semangat perlembagaan memang salah.


"Ramai ahli parlimen tidak bersetuju termasuk Ahli Parlimen Gua Musang. Undi tidak percaya adalah hak asas dan tonggak demokrasi untuk menguji kesahihan kerajaan.


"Kerajaan yang terus berkuasa tanpa majoriti adalah bukan pemerintah yang demokratik, apa lagi kerajaan bermula mendapatkan kuasa dari pintu belakang.


"Jika ahli parlimen tiada jalan lain untuk usul undi tidak percaya, pilihan akhir untuk uji kesahihan adalah pengundian rang undang-undang," katanya.


Wong juga memberikan cadangan iaitu usul undi tidak percaya boleh dibuat jika speaker memberikan ruang khas kepada ahli parlimen pembangkang untuk mengemukakan usul persendirian seperti yang diamalkan di United Kingdom.


"Jika speaker membenarkan masa separuh hari kepada pembangkang untuk usul 'private members' setiap minggu Parlimen bersidang seperti diamalkan di Parlimen UK, di mana kita diberi jaminan dan peluang untuk bawa usul termasuk usul undi tidak percaya.


"Maka perkara ini boleh selesai secara aman, perbahasan belanjawan ini akan berhenti jadi medan perang politik dan kembali kepada asasnya sebagai perkara mengenai kewangan tahunan negara," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
1638
3
1449
Total
349,610
1286
333,892

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
634,746
6,993
432,526
Total
130,914,490
2,852,527
105,374,969

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER