top of page

Pembangkang pertikai Akta PSB, pelawa lawat flat enggan hadir - Azli Yusof

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 30
  • 2 min read

Azly (dua dari kiri) mendengar penerangan dari Menteri Nga Kor Ming mengenai pembangunan semula flat
Azly (dua dari kiri) mendengar penerangan dari Menteri Nga Kor Ming mengenai pembangunan semula flat

Oleh: Akmal Manaf


Kegagalan Ahli Parlimen daripada parti parti pembangkang untuk hadir dalam Ekspedisi Pembaharuan Semula Bandar (XPDC PSB) bersama Ahli Parlimen anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) semalam mendapat kecaman Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof.


Beliau kesal menzahirkan rasa kesal kerana Ahli Parlimen pembangkang sebelum ini paling banyak mempertikaikan Akta PSB dan sewajarnya mereka mendapat penerangan dan melihat sendiri keadaan flat usang melalui ekspedisi jelajah itu.


''Malangnya, kelibat Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang dijemput sama tidak kelihatan.


''Pagi tadi (semalam) saya berpeluang menyertai XPDC berkenaan bertujuan memahami dengan lebih jelas maksud cadangan penggubalan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB).


''Ini membolehkan peserta menilai impaknya ke atas rakyat secara lebih wajar dan merungkai natijah jika tiada suatu mekanisme perundangan yang kukuh berkaitan dengannya.


''Inisiatif ini juga merupakan salah satu libat urus lanjutan daripada pihak Kementerian dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelum RUU PSB dibentangkan di Parlimen pada sesi Mesyuarat Kedua akan datang,'' katanya dalam kenyataan.


Menceritakan lebih lanjut, Azli berkata, beliau dan rakan-rakan yang lain dibawa meninjau ke dua lokasi kediaman yang usang iaitu Flat Desa Bakti Selayang, Batu Caves dan Flat Kuchai Jaya, Kuala Lumpur.


Akta PSB wajar melikat keadaan flat berdekatan Kuala Lumpur yang terlalu usang dan daif
Akta PSB wajar melikat keadaan flat berdekatan Kuala Lumpur yang terlalu usang dan daif

Rata-rata penduduk, kata beliau, menginginkan projek dipercepatkan kerana kediaman mereka yang sudah tidak selamat dan selesa.


''Seterusnya kami dibawa melihat dua kejayaan projek pembangunan semula iaitu Razak Mansion Sungai Besi dan Kerinchi Residensi Bangsar South.


''Pemilik yang ditemui puas hati dengan kehidupan mereka yang jauh lebih selesa.


''Selain menyaksikan sendiri keadaan dan keperluan semasa, kami berpeluang menilai kejayaan dan manfaat pembaharuan semula bandar,'' ujar beliau yang juga Pengerusi AMANAH Shah Alam.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page