top of page

'Pembangkang minta undi belah bahagian, pembangkang kalah'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 25, 2023
  • 1 min read


Percubaan pembangkang PN untuk menggugat Kerajaan Perpaduan bagi menolak usul untuk persidangan Dewan Rakyat hari ini tidak ditangguhkan sehingga Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023 selesai dibahas serta diputuskan seperti yang termaktub dalam Aturan Urusan Mesyuarat gagal.


Usul berkenaan dibawa oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Ugak Anak Kumbong.


Kemudian lebih 15 anggota parlimen pembangkang bangun dan memaksa undi belah bahagian dilakukan.


Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) bangkit bagi menolak usul yang dikemukakan Ugak dan bertanya adakah kerajaan mempunyai rang undang-undang lain yang akan dibawa pada persidangan Dewan Rakyat kali ini kerana masih ada berbaki 7 hari sedangkan mengikut Aturan Urusan Mesyuarat, hanya berbaki dua rang undang-undang yang akan dibentangkan dan diputuskan hari ini.


Timbalan Speaker Datuk Ramli Mohd Nor kemudian membuat keputusan menempohkan mesyuarat Dewan Rakyat itu selama 10 minit dan loceng dibunyikan bagi memberi peluang kepada wakil rakyat yang berada di luar dewan untuk kembali ke dewan memulakan proses undi belah bahagian.


Dalam pengundian tersebut 83 Ahli Parlimen menyokong usul kerajaan manakala 52 Ahli Parlimen tidak bersetuju dan seorang tidak mengundi.


"Yang bersetuju, sejumlah 83, tidak bersetuju 52," kata Ramli.


Bagaimanapun percubaan pembangkang untuk memalukan Kerajaan perpaduan itu menghabiskan masa persidangan dewan selama sejam dalam berbalas balas tuduhan dan hujah.


コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page