top of page

Pembangkang junjung titah Agong, kabinet PM Mahiaddin mesti letak jawatan


Parti-parti pembangkang Malaysia bersetuju dengan Yang di-Pertuan Agong bahawa kabinet Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin telah bertindak di luar kerangka pemerintahan dan Perlembagaan yang sewajarnya berhubung kemelut mengungkai Ordinan Darurat.


Menurut kenyataan Pakatan Harapan dan parti-parti pembangkang lain, perbuatan kabinet Mahiaddin memansuhkan Ordinan Darurat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong adalah kesalahan pentadbiran yang besar dan memerlukan seluruh Jemaah Menteri dipertanggungjawabkan.


"Kami menjunjung kasih ke atas titah pandangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti yang terkandung di dalam kenyataan media Istana Negara pada 29 Julai lalu.


"Kami amat terkejut Seri Paduka Baginda telah menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Tan Sri Idrus bin Harun semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai, bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.


"Kami juga amat terkejut Seri Paduka Baginda telah menegaskan bahawa kenyataan Datuk Seri Takiyuddin di Parlimen pada 26 Julai lalu tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli-ahli Dewan Rakyat," kata mereka dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, parti-parti pembangkang Malaysia mendesak sebulat suara agar kabinet Mahiaddin meletak jawatan secara bermai-ramai bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong membentuk kerajaan baharu yang lebih berwibawa mentadbir negara.


"Memandangkan keputusan untuk tidak membentang dan membahas semua Ordinan Darurat seperti dititahkan Seri Paduka Baginda merupakan keputusan Jemaah Menteri maka berdasarkan Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan, seluruh Jemaah Menteri bertanggungjawab secara bersama ke atas krisis Perlembagaan ini.


"Kami merakamkan kekesalan dan bantahan keras terhadap keputusan PM kemudiannya mengarahkan pengangguhan sidang khas Parlimen Isnin 2 Ogos, walaupun jumlah kes positif membabitkan Parlimen hanya 0.9% setakat 29 Julai. Tindakan penangguhan ini langsung tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, proses demokrasi berparlimen dan terus membelakangi kenyataan media Istana Negara.


"Oleh yang demikian, kami bersependapat bahawa Tan Sri Mahiaddin dan seluruh Jemaah Menteri mesti meletakkan jawatan secara terhormat sekarang," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (KEADILAN), Mohamad Sabu (Amanah), Lim Guan Eng (DAP), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda), Baru Bian (PSB) dan Dr Maszlee Malik (Bebas).


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page