top of page

Mengapa peruntukan untuk Covid 19 hanya 5.3% daripada keseluruhan belanjawan?


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan blok pembangkang hanya akan menyokong Belanjawan 2021 khusus kepada peruntukan yang disalurkan untuk menangani Covid-19.


Ini kerana beliau menganggap peruntukan untuk Covid-19 adalah terlalu kecil berbanding yang dijangkakan sebelum ini.


"Belanjawan ini sepatutnya adalah untuk menangani Covid-19, tetapi kumpulan wang Covid-19 hanya 5.3 peratus dari keseluruhan belanjawan iaitu RM322.5 bilion," katanya ketika membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.


Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mempersoalkan mengapa peruntukan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak ditunjukkan dengan jelas dalam Belanjawan 2021.


"Menteri Kewangan ada jelaskan peruntukan Covid-19 tidak ada dalam Belanjawan sebab ia ada dalam bahagian perbelanjaan pembanguna, ini saya tak faham betul.


"Mana boleh guna peruntukan KKM kemudian sorok pula belah sana, nak buat apa. Peruntukan harus beri penjelasan, ini untuk pastikan supaya tidak ada defisit yang bertambah dan ia tidak boleh dalam bentuk penipuan angka atau mengelirukan.


Anwar juga mempersoalkan peruntukan vaksin Covid-19 dalam Belanjawan 2021.


"Peruntukan vaksin tidak termasuk dalam Belanjawan, saya teliti tapi tidak ada, tapi Menteri Kewangan kata ada, tapi dekat mana?


"Kementerian Sains dah seronok dapat RM3 bilion, tapi dari mana duit ini, tidak disebut langsung.


"Kita sokong kalau betul ada dapat vaksin, siapkan peruntukan dengan jangkaan peroleh vaksin dan tidak ada sebab mengapa kita harus bantah, tetapi tak boleh kata dapat RM3 bilion itu dapat atas langit.


"Saya bimbang ada manipulasi angka dalam bajet, ini tidak boleh diizinkan lagi-lagi dalam keadaan sekarang," katanya.


Justeru, Anwar meminta kerajaan mempertimbangkan semula supaya menambah lagi peruntukan untuk Covid-19.


"Walaupun kita cenderung mahu meluluskan bajet ini dan tidak mahu tolak ansur soal emolumen, gaji pekerja, nasib frontliners, sama ada lulus atau tidak, kita akan pastikan ada rencana segera supaya tidak membebankan rakyat khususnya frontliners.


"Saya tidak mahu ada andaian mudah, keadaan sekarang berbeza, kerajaan tahu bahawa belum ada penentuan dan kepastian Belanjawan dalam bentuk sekarang kalau tidak dipinda, belum pasti dilulus dengan cara mudah.


"Saya menyeru dengan tegas supaya menteri kewangan meneliti usaha menangani Covid-19 dari segi belanjawan, penekanan aspek kesihatan dan lonjakan ekonomi," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page