top of page

Pembangkang digesa bersikap adil terhadap Nurul Izzah



Gesaan dilontarkan pembangkang supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan hanya mengambarkan mereka sudah bangkrap idea.


Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Alan Ling Sie Kiong berkata pelantikan mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak seharusnya menjadi polimik memandangkan Nurul Izzah mahu mencurah bakti dan pengetahuan membantu pentadbiran negara walaupun tanpa menerima sebarang imbuan.


Menurut mantan Senator itu, pelantikan Nurul harus dilihat sebagai satu perkhidmatan dan teladan yang baik serta pembangkang harus bersikap adil terhadap tokoh pemimpin muda itu.


"Nurul Izzah bukan seorang yang tidak dikenali. Saya rasa kita harus berlaku adil terhadap beliau dan adil terhadap Perdana Menteri.


"Kita tidak boleh, oleh kerana dia anak Perdana Menteri dan oleh sebab itu dia tidak boleh berkehadapan dan melakukan benda lain.


"Nurul Izzah berkecimpung dalam politik sejak dari usia muda. Dan sekarang ini membekalkan perkhidmatan kepada negara tanpa menerima sebarang elaun. Itu harus dipuji," jelas pemimpin DAP tersebut.


Beliau berharap pembangkang berhenti memainkan isu berkenaan dan bertindak dengan lebih profesional.


Isu pelantikan Nurul Izzah menjadi bahan kritikan pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa Anwar cuba mengamalkan nepotisme.


Anwar walau bagaimanapun kemudian mempertahan pelantikan itu dengan berkata ia dibuat berdasarkan kelayakannya.


Beliau turut menjelaskan, Nurul Izzah bakal menasihatinya untuk memastikan ketelusan dalam pentadbiran serta memantau urusan perolehan tender kerajaan supaya teratur.


Sebagai rekod, Nurul Izzah yang mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dan ijazah kedua dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins Amerika Syarikat. Beliau merupakan Ahli Parlimen mewakili KEADILAN selama tiga penggal dan pernah menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).


Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor baru-baru ini mempertahan pelantikan itu dengan menegaskan ia bukan satu kesalahan bagi seorang pemimpin atau ketua kerajaan melantik anggota keluarga sekiranya berkelayakan, mempunyai integriti serta mempunyai kepakaran.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page