top of page

Pembangkang dapat markah 'F' dalam reformasi institusi - Bersih



Pembangkang khususnya Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai hala tuju yang jelas dan gagal dalam reformasi institusi yang sepatutnya mereka turut serta sebagai pengimbang kepada kerajaan.


Hal itu ditegaskan oleh Pengerusi Bersih, Faisal Abdul Aziz dalam program Berani Semuka "Reformasi atau Reformati" di Iswardy Morni Official malam tadi.


"Kalau tanya saya (secara) spesifik kepada agenda reformasi (perubahan institusi) memang F. Bagi Bersih peranan pembangkang bicara institusi, reformasi. Jadi kalau tak ada iltizam maka gagal sebagai pembangkang," katanya.


Menurut Faisal, pembangkang hari ini seolah olah kehilangan arah dan memainkan politik picisan yang lebih kepada isu sensasi serta perkauman.


Katanya, bagi Bersih yang menumpukan kepada perjuangan reformasi institusi maka tidak jelas kelihatan peranan pembangkang dalam kerangka tersebut.


Malah, katanya, pembangkang pada 2008 lalu lebih baik biarpun salah satu parti terbesar, Pas ada di dalam kedua dua situasi tersebut.


"Secara keseluruhan bagi kita, pembangkang perlu satu hala tuju yang tepat mengenai check and balance. Ramai yang nyatakan perkara ini.


"Dalam program 'Keluar Sekejap' Khairy Jamaludin pun ada kata pembangkang tak ada direction yang baik. Agak malang, sebab hari ini kalau dilihat komposisi pembangkang berbanding 2008, mereka lebih kuat dari segi sejumlah. Mereka ada negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis.


"Dari segi bilangan Ahli Parlimen pula tidak seramai hari ini. Pembangkang 2008 dalam check n balance berbeza. Kerajaan BN masa itu yang hilang 2/3 dan lebih berhati hati untuk membuat dasar.


"Itu saya fikir buahnya sebab ada pembangkang yang kuat, ada Bersih dan lain lain.


"Berbanding hari ini mungkin mereka masih lagi perlukan masa adjusment. Mereka ini tidak bersifat menghampiri NGO," katanya.


Berani semuka tampilkan tokoh kerajaan dan NGO

Faisal turut memberi contoh percubaan Bersih untuk bertemu Ketua Pembangkang masih belum mendapat respons, sedangkan Bersih telah diterima bertemu Perdana Menteri.


Katanya, pendekatan Bersih adalah cuba bertanya pembangkang apakah yang boleh dibuat secara bersama NGO dalam politik matang.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page