top of page

Pembaharuan Ismail Sabri harus utamakan moratorium pinjaman, tangani Covid 19 - Anwar



Pemabaharuan yang dicadangkan oleh pentadbiran Perdana Menteri (PM) Ismail Sabri Yaakob semalam tidak sepatutnya terhad kepada politik semata-mata.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya berkata, pembaharuan perlu juga dilakukan dalam sektor ekonomi dan paling penting strategi baharu melawan pandemik Covid 19.


"Saya mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri semalam terkait ikhtiar Kerajaan melaksana sejumlah penambahbaikan bagi Parlimen dan pentadbiran Kerajaan.


"Ini satu permulaan yang baik susulan daripada pertemuan saya dan pimpinan Pakatan Harapan (PH) bersama PM pada 25 Ogos lalu.


"Walaupun begitu, proses perbincangan masih berjalan untuk mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis pandemik Covid-19 dalam menjaga nyawa dan keselamatan diri dari ancaman wabak serta membebaskan rakyat dari cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pendapatan dan pekerjaan," kata Anwar dalam kenyataan hari ini.


Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, PH sebelum ini telah pun mengusulkan peruntukan tambahan sebanyak RM45 bilion dalam kadar segera bagi meringankan beban hidup rakyat.


Katanya, keutamaan PH adalah melihat reformasi di pelbagai sktor kerajaan berjalan seiring aspirasi rakyat.


"Keutamaan PH semestinya berteraskan reformasi Parlimen, reformasi fiskal dan program pro-rakyat termasuk moratorium pinjaman bank buat golongan M40 dan B40, dan kebebasan institusi kehakiman.


"Dalam isu usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri, PH melihat masih wujud keperluan ianya diadakan secepat mungkin pada sidang Parlimen kali ini berdasarkan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada ketua-ketua parti politik sewaktu sesi menghadap di Istana Negara pada 17 Ogos lalu, bagi mengabsahkan bahawa PM mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat," katanya.


Selain itu, Penterusi PH tersebut juga menegaskan pihak kerajaan Perikatan Nasional 2.0 sebaik-baiknya melayan dengan lebih saksama sebarang teguran dari pembangkang seandainya mahu penambahbaikan berjalan lancar dan memberi manfaat kepada rakyat.


"PH akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang dengan menekankan isu tatakelola Kerajaan yang baik serta ketegasan membasmi rasuah.


"Wajar ditegaskan tuntutan agar pembangkang perlu diberi layanan setimpal, dan akan memainkan peranan sewajarnya dalam menyemak dan mengimbangi pihak Eksekutif. Kami akan sentiasa lantang memperjuangkan keadilan untuk rakyat," katanya lagi.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page