top of page

Pembahagian kerusi diumum dalam Konvesyen PH, 20 Oktober

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Oct 15, 2022
1 min read


Pembahagian kerusi sesama komponen Pakatan Harapan (PH) akan diumumkan dalam Konvensyen PH di Ipoh, Perak pada 20 Oktober, kata Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Kita akan teruskan dengan Konvensyen PH pada 20 Oktober di Ipoh, Perak yang dipengerusikan Nga Kor Ming, dan saya percaya sambutan amat memberansangkan.


"Kita akan putuskan (umumkan) bersama soal penggunaan logo, soal pembahagian kerusi di sidang itu," katanya di hadapan wartawan tengah hari tadi, usai mesyuarat PH buat kali kedua dalam minggu ini.


Presiden KEADILAN tersebut turut melahirkan rasa gembira dengan perpaduan PH dalam menyelesaikan banyak isu sebelum Pilihan Raya Umum ke 15.


"Inilah julung kali kita lihat PH begitu utuh bersatu, dan dalam menuju PRU dengan penuh yakin untuk menyelamatkan negara daripada kekeliruan dan ketidaktentuan sekarang.


"Kita lihat ahli kabinet (BN - PN) bergasak sesama sendiri. PM dalam satu parti (Umno) bergaduh.


"Tetapi kita beri satu alternatif, satu muafakat kekuatan yang lebih utuh sebagai penyelamat rakyat yang menghadapi kesukaran banjir dan kos sara hidup," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page