top of page

Pemaju perlu selesaikan isu banjir kilat akibat projek LRT3 - Exco



Pemaju Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) diarahkan mengkaji punca dan memberikan cadangan bagi menangani masalah banjir kilat yang berlaku di beberapa lokasi di Selangor, susulan pelaksanaan projek itu antaranya di depan Pasar Borong Meru dan Sekolah Tinggi Klang.


Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han berkata pihak LRT3 perlu melakukan kerja pembersihan parit alir keluar di sepanjang Jalan Meru sehingga Sungai Klang dan menyemak pembinaan serta mengubah suai pembetung di kawasan Bulatan Kota.


"Masalah air bertakung juga terjadi apabila hujan lebat ketika air laut pasang besar. Ia akan mengakibatkan berlakunya aliran balik air kembali ke perparitan sepanjang Jalan Meru, seterusnya menyebabkan air melimpah dan mengakibatkan air bertakung," katanya dipetik pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.


Beliau menjawab pertanyaan Dr Quah Perng Fei (PH-Bandar Baru Klang) mengenai punca air bertakung di perparitan sepanjang LRT3 terutamanya di depan Pasar Borong Meru dan padang Sekolah Tinggi Klang, setiap kali hujan lebat.


Sze Han berkata antara punca utama air bertakung ialah sekatan di hilir perparitan ke sungai, terdapat mendapan dan sampah sarap serta halangan utiliti yang menyekat aliran perparitan.


"Majlis Bandaraya Diraja Klang telah berbincang dengan pihak LRT3 dan pemaju diarahkan membuat semakan, mengkaji punca kekerapan banjir seterusnya mengemukakan langkah penyelesaian kepada masalah terbabit," katanya.


Ng berkata status kemajuan keseluruhan projek LRT3 telah mencapai kadar 93.88 peratus setakat Januari lepas dengan kemajuan infrastruktur di Bandar Baru Klang bagi pembinaan landasan siap 99.24 peratus manakala dan status kemajuan Bandar Baru Klang bagi pembinaan stesen sebanyak 91.03 peratus.


Projek LRT3 dijangka siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada Mac 2025.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page