top of page

Peluasan SST tidak beban marhaen, pembangkang tiada modal selain hasutan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 2
  • 2 min read

ree

Pembangkang PN, khususnya Pas tidak mempunyai polisi yang sesuai memerintah negara selain hanya pandai menghasut rakyat melalui himpunan “Turun Anwar” dengan menjadikan isu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), penyasaran subsidi, dan tarif elektrik sebagai modal politik.


Menurut Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar (gambar), langkah memperluas cukai SST yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini bertepatan dengan janji politik Pakatan Harapan untuk mencukai lebih ke atas golongan kaya, dan melindungi rakyat marhaen.


Katanya, dengan melakukan demonstrasi menentang polisi itu Pas seolah olah tidak mahu bergabung dalam arus massa yang membela rakyat terbanyak.


"Kita tidak boleh terus hidup dengan subsidi pukal yang turut dinikmati oleh golongan kaya dan warga asing. Itu bukan keadilan. Itu kebocoran. Maka penyesuaian dilakukan supaya bantuan hanya sampai kepada rakyat yang benar-benar memerlukan.


"Pembangkang khususnya Pas tiada sebarang pelan ekonomi yang realistik untuk rakyat.


"Di negeri yang mereka kuasai Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis bekalan air terus dalam krisis, dan peluang pekerjaan terhad. Pengurusan dan pembanggunan negeri pun sebahagian di bantu oleh Kerajaan Persekutuan. Tetapi mereka mahu tunjuk pandai dalam hal ekonomi negara," katanya dalam kenyataan.


Menurut Mahfuz lagi, tunjuk perasaan yang dianjur pembangkang tidak mengambarkan suara rakyat sebenar, sebaliknya pengembelingan ahli parti yang taksub kepada pemimpin.


Hal itu, katanya adalah strategi politik untuk menggugat kestabilan negara dan menghancurkan segala usaha pemulihan ekonomi yang sedang berjalan dengan membakar emosi dan sentimen ahli dan penyokong tegar Pas-PN ketika pelabur asing kembali yakin, inflasi terkawal, dan negara sedang bangkit.


"Saya yakin rakyat menolak politik jalanan ini. Rakyat tak nak biarkan negara kita dijadikan bahan eksperimen politik sempit dan emosi tanpa fakta (golongan ini)," katanya.


Tegas Mahfuz, kerajaan yang baik dan bertanggungjawab bukan hanya mampu menyatakan pandangan politik tetapi berani membuat keputusan sukar pada waktu memerlukan demi masa depan rakyat dan negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page