top of page

Peluang merenung kembali nilai kasih sayang, kedamaian, pengorbanan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 26, 2024
  • 1 min read


Sambutan Hari Krismas tahun ini memberi kesempatan untuk rakyat Malaysia menilai kembali nilai-nilai kasih sayang, kedamaian, dan pengorbanan yang menjadi teras dalam kehidupan.


Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai Chen Heng, Krismas pada tahun kedua pemerintahan Kerajaan Madani ini seharusnya digunakan bagi mencipta sebuah negara yang harmoni dan inklusif yang mana setiap rakyat, tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa diberikan peluang untuk berkembang dan berjaya.


"Malaysia Madani menggariskan prinsip-prinsip utama seperti kesejahteraan, keadilan, dan kesetaraan untuk semua, serta memperkukuh semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.


"Sebagai negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan agama, kita amat bertuah kerana dapat hidup dalam suasana yang aman dan penuh toleransi.


"Krismas adalah masa yang amat sesuai untuk kita mengingatkan diri tentang pentingnya saling menghormati dan berkasih sayang, serta memupuk hubungan yang lebih erat antara pelbagai komuniti di negara ini.


"Marilah kita, dalam semangat Malaysia Madani, bersama-sama berusaha untuk menjadikan negara ini lebih sejahtera dan bersatu. Saya percaya bahawa dengan sokongan dan kerjasama daripada setiap lapisan masyarakat, kita dapat mencapai kemajuan yang lebih besar lagi," katanya dalam kenyataan.


Justeru, Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju itu berharap sambutan Krismas kali ini akan membawa kegembiraan, ketenangan, dan berkat kepada rakyat Malaysia.


Beliau turut berharap sambutan Krismas dan Tahun Baharu akan menerbitkan azam baharu kepada rakyat menjadikan Malaysia negara yang lebih harmoni kepada semua kaum mendiaminya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page