top of page

Pelantikan TYT Sarawak diumumkan Agong dalam masa terdekat



Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak Istana Negara akan mengumumkan perkenan berhubung pelantikan Yang Dipertua Negeri (TYT) Sarawak yang baharu dalam masa terdekat


Perdana Menteri berkata nama Yang Dipertua Negeri baharu itu telah dibawa oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan beliau telah mengemukakannya untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.


"Proses pelantikan Yang Dipertua Negeri merupakan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, (nama) dikeluarkan oleh Premier.

"Saya telah kemukakan nama (yang dicadangkan oleh Premier) kepada Yang di-Pertuan Agong minggu lalu dan perkenan akan diumumkan satu dua hari lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Wacana Pemikir Global di Universiti Malaysia pagi ini.

Anwar berkata mengenai pelantikan Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu pula, perbincangan akan diadakan dalam mesyuarat parti-parti kerajaan perpaduan malam ini untuk disegerakan pelantikannya.


Beliau ditanya mengenai pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu susulan laporan mengenai peletakan jawatan Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang Dipertua Dewan Negara pada Jumaat lalu.


Laporan tersebut menyebut Wan Junaidi bakal dilantik sebagai TYT Sarawak yang baharu menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang dilaporkan akan tamat perkhidmatannya pada 28 Februari ini.


Abdul Taib yang jugas bekas Ketua Menteri Sarawak telah memegang jawatan itu sejak Mac 2014.


Wan Junaidi yang mempunyai latar belakang sebagai pengamal undang-undang dan bekas pegawai polis menang dalam Pilihan Raya Umum 1990 di Batang Lupar dengan mengekalkan kerusi itu sehingga 2004.


Beliau kemudian bertanding di kerusi Parlimen Santubong pada Pilihan Raya Umum 2004 dan mengekalkan kerusi itu hingga 2022.


Wan Junaidi bertangungjawab dalam menggubal draf Akta Anti Lompat parti ketika menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang) pada 2022.

Pada 19 Jun lalu, beliau dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-19 menggantikan Tan Sri Rais Yatim yang tamat perkhidmatan.


Beliau adalah calon tunggal yang dikemukakan untuk memegang jawatan itu.

Usul pencalonan Wan Junaidi dikemukakan Perdana Menteri mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page