Dr. Lee Boon Chye menyifatkan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) tidak sepatutnya dilakukan oleh kerajaan baharu.
Bekas timbalan menteri kesihatan berkata, sepanjang Muhyiddin berkhidmat sebagai Perdana Menteri jelas gagal menyelesaikan pelbagai isu utama sehingga hilang kepercayaan majoriti ahli Parlimen dan terpaksa meletakkan jawatan.
"Mantan Perdana Menteri yang jelas gagal dari segi kawalan pandemik, dari segi pemulihan ekonomi.
"Ini tidak wajar melantik orang yang terbukti gagal untuk mempengerusikan jawatankuasa yang cukup penting sekali," katanya.
Dr. Lee juga menganggap pelantikan Muhyiddin hanya akan menyukarkan usaha untuk menangani masalah-masalah utama negara.
"Pelantikan pengerusi tersebut daripada kalangan orang luar, terdapat satu lapisan birokrasi yang akan merumitkan kawalan pandemik dan pemulihan ekonomi.
"Saya rasa yang paling sesuai sepatutnya perdana menteri sendiri mempengerusikan jawatankuasa tersebut supaya sebarang dasar yang diperlukan boleh dilaksanakan dengan lebih efektif dan efisyen," katanya.
Comments