top of page

Pelancaran Iltizam Wanita PH, jentera PRU 15



Wanita Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan Majlis Pelancaran Iltizam Wanita dan Jentera PRU-15 esok


Menurut Ketua Wanita KEADILAN, Senator Fadhlina Sidek, majlis tersebut adalah bagi menyemarakkan daya juang wanita seluruh negara untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.


"Mengangkat tema Wanita Harapan Negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Pakatan Harapan dijadual akan melancarkan Iltizam Wanita HARAPAN ini untuk membentuk sebahagian tawaran PH demi rakyat Malaysia dalam PRU-15, merangkumi perlindungan hak, jaminan kesejahteraan dan kemakmuran pelbagai lapisan masyarakat.


"Datuk Seri Anwar juga bakal menyempurnakan Pelancaran Jentera PRU-15 Wanita HARAPAN.


"Pelancaran ini menghimpunkan jentera Wanita HARAPAN seluruh negara khususnya dari akar umbi dan menjadi wadah menggembleng kebangkitan rakyat menolak kebobrokan pentadbiran BN - PN," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Fadhlina, Iltizam Wanita HARAPAN itu juga adalah terjemahan aspirasi dan kejituan tekad Wanita HARAPAN mencetus era baharu politik negara ke arah pemerintahan bermaruah, adil dan inklusif yang bakal diterajui PH.


Program berkenaan akan diadakan pada 15 Oktober, di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, Selangor, bermula pukul 2.00 petang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page