top of page

Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga jana pelaburan lebih RM25 bilion



Fasa 1 Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) yang dilancar oleh Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli akan menjadi pemacu utama ekonomi negara pada masa hadapan.


Berucap dalam majlis Pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga di Kuala Lumpur petang tadi, Rafizi berkata, pelan itu merupakan satu tindakan radikal yang diletakkan oleh sebuah kerajaan reformis untuk memacu ekonomi negara.


"Pelan ini berita baik buat rakyat Malaysia kerana ia akan menjana pelaburan melebihi RM25 bilion


"Ia akan mewujudkan 23,000 peluang pekerjaan berkemahiran dan bernilai tinggi serta mengurangkan 10,000 gigagram pelepasan karbon dioksida setahun," katanya dalam majlis Siri Persidangan Affin 2023 itu.


Menurut Rafizi, dalam NETR Fasa 1 kerajaan akan membangun sebuah Loji Janakuasa Solar PV Hibrid Hibrid 1 gigawatt bersepadu serta Taman Perindustrian Tenaga Boleh Baharu (TBB).


"Projek ini dianggarkan mempunyai kapasiti terpasang TBB yang terbesar di Asia Tenggara dan melibatkan pelaburan sejumlah RM6 bilion oleh pelabur-pelabur terkemuka antarabangsa," ujarnya.


Kata Rafizi, projek tersebut adalah hasil daripada satu memorandum persefahaman (MoU) yang telah dimeterai antara UEM Group Berhad, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad, dan ITRAMAS Corporation Sdn. Bhd.


"Di bawah NETR Fasa 1 ini antara projek berimpak tinggi yang akan dilaksanakan adalah Pembangunan Solar Terapung Hidro Hibrid dengan potensi kapasiti keseluruhan 2,500 MW di empangan hidro TNB bagi penjanaan elektrik merangkap stor simpanan tenaga


"Solar Kediaman melibatkan Pembinaan 4.5 MW solar bumbung (rooftop solar) di kediaman melalui sistem penyewaan, dengan kapasiti sehingga 10 kW bagi setiap rumah


"Juga 3 projek bersepadu pengeluaran hidrogen hijau (tenaga bersih). Sekaligus menjadikan Sarawak sebagai hab hidrogen hijau serantau. Komponen projek ini merangkumi pembinaan kilang pengeluaran di Kuching menjelang tahun 2025 untuk kegunaan domestik dan dua kilang pengeluaran di Bintulu menjelang tahun 2027 bagi tujuan eksport," katanya.


Selain itu, katanya, di bawah pelan itu juga diwujudkan program Mobiliti Hijau iaitu pemasangan 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik di lebuh raya dan bangunan komersial, serta projek elektrifikasi pengangkutan awam


Terakhir, berupa penyimpanan karbon (carbon capture, utilisation and storage, CCUS). Projek rintis akan dibina di lapangan gas dengan kandungan karbon dioksida tinggi di Kasawari dan Lang Lebah yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2026 dan 2028


"Harapan saya adalah NETR akan meletakkan Malaysia sebagai negara peneraju serantau dalam peralihan tenaga. Kita memiliki potensi itu dan kita bersedia," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page