top of page

Pelaksanaan SARA: Kerajaan MADANI komited selesai isu MyKad

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan MADANI komited menyelesaikan isu teknikal MyKad berkaitan bantuan subsidi bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA).


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar), berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum mengenai aduan penyalahgunaan MyKad oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menebus bantuan diberikan kerajaan.

"SARA adalah hak rakyat dan kerajaan tidak akan membiarkan mana-mana penerima yang layak teraniaya akibat isu teknikal atau penyalahgunaan identiti.


"Kerajaan Madani komited memastikan pelaksanaan subsidi bersasar dilaksana secara telus, selamat dan adil.


"Saya memberi jaminan, sekiranya berlaku penyalahgunaan MyKad, baki sumbangan SARA akan dipulangkan semula kepada penerima yang terbabit selepas disahkan melalui siasatan," katanya dalam satu kenyataan.


Saifuddin sementara itu menyeru pemegang individu yang MyKad mereka telah disalahgunakan untuk membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkaitan menjalankan siasatan menyeluruh dan memastikan hak penerima dapat dikembalikan.


"KDN melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Kewangan (MOF) kini sedang bekerjasama rapat untuk menyelesaikan isu teknikal berkaitan pengesahan dan keselamatan MyKad supaya pusingan seterusnya penyaluran subsidi bersasar dapat dijalankan tanpa sebarang masalah.


"Antara langkah penambahbaikan yang sedang dilaksanakan termasuk pemadanan data MyKad yang dikemas kini secara berkala, semakan versi kad bagi mengelakkan salah guna penebusan, serta peningkatan keselamatan infrastruktur digital JPN," tambahnya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page