Pelaksanaan janji MoU amat perlahan, ada usaha untuk 'membeli masa'?



Kemajuan amat perlahan 18 perkara yang dipersetujui untuk ditunaikan dalam kerjasama Kerajaan Perikatan Nasional (PN) 2.0 dan Pakatan Harapan amat mengecewakan.


Menurut Ahli Parlimen Ledang, kelewatan pada pihak kerajaan untuk melaksanakan reformasi Parlimen misalnya, yang tidak melibatkan kewangan yang besar tidak sewajarnya berlaku. Apatah lagi pada minggu lalu tiada sebarang pengumuman dibuat untuk memenuhi janji 18 perkara.


"Sudah hampir sebulan sejak MoU ditandatangani pada 13 September lalu. Kemajuan berjalan perlahan. Perkara-perkara yang boleh dilakukan segera terutama terkait pembaharuan Parlimen atau reformasi Parlimen sama ada tiada perkembangan, masih dalam perbincangan, baharu ingin diumum atau baharu sahaja dilaksanakan.


"Yang telah dilaksana ialah peruntukan kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat. Peruntukan fasa 1 telah dilakukan pada awal Oktober.


"Yang dikatakan akan diumumkan ialah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Menurut Yang Dipertua, ia akan diumumkan minggu ini. Berapakah jumlah jawatankuasa dan komposisi anggota belum diketahui.


"Yang belum ada libat urus atau perbincangan ialah terkait mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen. Ini boleh menjamin kebebasan kewangan dan pentadbiran Parlimen serta mengukuhkan konsep pemisahan kuasa.


"Juga berkenaan pindaan terhadap Peraturan Mesyuarat. Tiada perkembangan langsung," katanya kepada Suara Keadilan.


Meskipun, menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor itu, telah dilakukan libat urus Belanjawan 2022 antara kerajaan PN dan wakil PH namun kegagalan melaksanakan reformasi Parlimen sepanjang persidangan Dewan Rakyat kali ini begitu dikesali.


Tambahan pula, katanya terdapat persepsi dalam kalangan rakyat bahawa pemimpin BN mahu menggunakan 'gencatan senjata' ini sebagai membeli masa atau buying time untuk membebaskan kluster mahkamah sebeum Pilihan Raya Umum ke 15.


"Tambah buruk apabila ada kontroversi pembebasan Ahli Parlimen Pontian daripada hukuman. Ini boleh menyebabkan kecurigaan terhadap keseriusan kerajaan dalam komitmen kepada kebebasan institusi kehakiman, transformasi institusi dan tata kelola kerajaan seperti terkandung dalam MoU.


"Apakah MoU ini instrumen untuk beli masa supaya kluster mahkamah dibebaskan satu demi satu sebelum PRU? Adakah ia juga digunakan untuk mengukuhkan sokongan terhadap PM baru tanpa terlalu bergantung kepada MoU dan sokongan pembangkang?


"Jika inilah niat tersirat dan kemajuan pelaksanaan MoU lembab, maka saya percaya pembangkang wajar mengkaji semula penglibatan mereka. Episod di Melaka juga tidak menunjukkan semangat MoU ini ke arah kestabilan politik," katanya lagi.


Banyak pihak mendesak pimpinan utama PH menarik diri daripada MoU apabila pemimpin Umno membubarkan DUN Melaka tanpa berbincang terlebih dahulu dengan pesaing politik mereka dalam senagat kerjasama selepas gencatan senjata di peringkat persekutuan.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER