Pelaksanaan dwirangkaian 5G: Task force pastikan 80% capaian ditubuhkan
- Redzuan Shamsudin

- May 9, 2023
- 1 min read

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersetuju menubuhkan Pasukan Petugas (Task Force) bagi memastikan pelaksanaan rangkaian 5G di bawah Digital Nasional Berhad (DNB) berjaya mencapai 80% liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023, susulan pertemuan kementerian itu bersama pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi pada 8 Mei lalu.
Menurut Menteri KKD, Fahmi Fadzil, task force itu juga akan memastikan peralihan model tunggal DNB kepada model dwirangkaian berjalan dengan lancar pada awal 2024.
"Pasukan ini akan dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha KKD serta diurusetiakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Task Force juga akan turut dianggotai oleh pihak DNB dan pihak penyedia perkhidmatan termasuklah CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia (TM), YTL Communications (YTL) dan U-Mobile serta pihak-pihak lain yang akan ditentukan dari semasa ke semasa," kata Fahmi dalam kenyataannya hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi, menjadi matlamat utama Task Force tersebut untuk memantau rangka kerja dan pelan peralihan kepada model dwirangkaian 5G di Malaysia bagi menjamin keteraturan dan ketertiban pelaksanaannya dari aspek perundangan, teknikal dan kewangan.




Comments