top of page

Pelajar rendah dan menengah diarah bersekolah, berikan komputer riba kepada mahasiswa B40



Lima bulan telah berlalu sejak pengumuman Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, pada 6 November 2020 mengenai pemberian 150,000 komputer riba kepada pelajar di 500 sekolah rendah dan menengah.


Bagi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil nasib program Inisiatif Cerdik yang dikelolakan Yayasan Hasanah itu kini terumbang-ambing kerana Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin pun tidak mengulas mengenainya.


"Umum maklum, sewaktu mengumumkan program itu Menteri Kewangan berkata RM150 juta akan dikumpul dari Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC). Namun sehingga ke hari ini, kita belum diberitahu adakah jumlah tersebut telah dicapai atau tidak dan berapakah sumbangan yang diterima dari setiap GLC atau GLIC.


"Kita juga tidak diberitahu spesifikasi dan jumlah komputer riba yang telah berjaya diperolehi, jumlah yang telah berjaya diagih serta senarai sekolah yang telah menerima komputer-komputer riba tersebut.


"Paling malang sekali, kita tidak tahu sama ada kumpulan sasaran program ini iaitu pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga B40 telah dapat memanfaatkan komputer riba ini atau tidak untuk kegunaan program Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR), memandangkan sekolah-sekolah rendah telah dibuka bermula 1 Mac dan sekolah-sekolah menengah pula telah dibuka bermula 5 April," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Fahmi lagi, Kegagalan Menteri Kewangan dan Menteri Kanan Pendidikan untuk memberi kemas kini status program ini amat menyedihkan dan sangat dikesali namun tidak memeranjatkan bagi sebuah pentadbiran yang sering melakukan u-turn di samping tidak stabil digugat isu politik dalaman.


Oleh itu, kata Fahmi, sekiranya komputer riba itu belum diberi kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, kerajaan wajib mengubahsuai program untuk memberikan komputer-komputer riba berkenaan secara bukan pinjaman kepada penerima di kalangan lebih 320,000 mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari keluarga B40.


"Ini kerana ramai dalam kalangan mereka tidak boleh hadir ke kampus kerana kekurangan tempat tinggal dan terpaksa mengikuti kuliah secara dalam talian. Setidak-tidaknya, ada kumpulan pelajar yang boleh memanfaatkan komputer-komputer riba ini sekarang," katanya lagi.


Selain itu, Fahmi juga menyatakan rasa kesalnya kepada arahan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah sebelum ini yang menyebabkan para ibu bapa bergolok gadai untuk membeli tablet bagi anak-anak mereka, namun tidak sedikit pun diulas oleh pihak Menteri Kewangan atau Menteri Pendidikan dalam sebuah kerajaan yang konon mengutamakan rakyat dan tidak berpolitik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page