top of page

Pelajar remaja perlu program Khidmat Nasional bentuk disiplin ketenteraan



Pelajar dalam kategori remaja di Malaysia perlukan disiplin diri yang boleh diterapkan melalui program 'Khidmat Nasional' yang menyediakan latihan ketenteraan bagi memperbaiki sahsiah diri mereka.


Cadangan berkenaan, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan (Parlimen), Datuk Johari Abdul (gambar, kiri) telah dibawa beliau dalam pertemuan dengan Menteri Pendidikan di Putrajaya, kelmarin.


"Saya telah bertemu dengan Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin bagi membawa cadangan pihak Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan (Parlimen) untuk mensyorkan satu program khas bagi para pelajar seawal usia 16 tahun atau di tingkatan empat dalam melibatkan mereka dengan satu modul latihan intensif sebagaimana diterapkan di negara-negara maju lain seperti negara jiran, Singapura.


"Singapura telah mewujudkan sebuah program yang dikenali sebagai "National Service" yang melibatkan pembabitan remaja seawal usia belasan tahun yang menekankan latihan khusus ala ketenteraan bagi membentuk disiplin, kemahiran khusus kepada para pelajar ini supaya mereka bersedia memberi khidmat kepada negara bila diperlukan," katanya.


Menurut beliau, sebelum ini pihaknya telah melakukan kunjungan dan berbincang bersama ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan (Parlimen) ke pihak Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Pertahanan berhubung cadangan tersebut.


"Program ini adalah sebahagian dari kesiapsiagaan awal untuk anak-anak muda menjadi benteng bagi mempertahankan negara pada masa hadapan.


"Setelah perbincangan dilakukan, cadangan tersebut akan diteliti dan diperhalusi oleh pihak Menteri," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page