top of page

Pelajar Malaysia di China diseru sumbang kepakaran kepada negara



Belia Malaysia khususnya yang belajar di China digesa agar kembali ke tanah air bersama ilmu dan kepakaran untuk menyokong dan menerajui pembangunan negara lebih-lebih lagi dengan perubahan landskap ekonomi di rantau ASEAN pada waktu ini.


Yang Dipertua Dewan Rakyat sehubungan itu menggesa pelajar Malaysia yang belajar di China kelak kembali ke tanah air untuk menyokong dan menerajui pembangunan negara.


Tan Sri Johari Abdul membuat saranan tersebut dalam syarahan umum kepada mereka di Universiti Tsinghua, Beijing, di China pada Isnin.


Jelasnya, generasi muda memainkan peranan besar sebagai pemimpin baharu yang perlu mengumpul tenaga, sumber, ideologi, bakat dan wawasan mereka untuk memastikan Malaysia mampu memimpin dan bersaing dengan negara besar di rantau ini.


"Nasihat saya kepada semua pelajar, selepas selesai pengajian jangan sesekali berfikir kembali (ke Malaysia) untuk mencari pekerjaan, sebaliknya kembali ke sini (Malaysia) dan mencipta pekerjaan...memimpin negara, menjadi usahawan, membina hubungan dan meningkatkan potensi anda untuk negara.

"Belajar sebanyak mungkin daripada China, lihat bagaimana mereka melakukan sesuatu, tekun, kerja keras, bijak dan membina hubungan," katanya.


Johari bersama delegasi Parlimen Malaysia, dalam lawatan rasmi empat hari ke Beijing hingga Khamis ini atas undangan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan Republik Rakyat China Zhao Leji susulan pertemuan dua hala pemimpin legislatif itu pada 18 Mei lepas di Kuala Lumpur


Semasa lawatan ke universiti itu Johari turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Universiti Tsinghua Wang Xiqin.


Johari sementara itu berkata negara ASEAN terutama Malaysia, perlu lebih banyak melabur dalam pendidikan dan pembangunan bakat.


Katanya gaya kepimpinan baharu sedang berlaku di rantau ASEAN apabila generasi muda mula bangkit, mengambil inisiatif, dan mengubah dunia.


"Orang muda adalah pembuat perubahan hari ini dan pemimpin masa depan. Mereka menerajui perubahan sosial, kemajuan inovasi, dan mempengaruhi masa depan negara kita, jadi anak muda Malaysia ambillah peluang ini," jelasnya.


Pada lawatan rasmi sulungnya ini, Johari turut dijadualkan untuk bertemu mengadakan pertemuan pelbagai hala bersama Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping selain menghadiri Sukan Asia ke-19 di Hangzhou.



0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page