top of page

Pelajar diberi cuti khas, KTMB tambah ETS sempena PRN Johor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 days ago
  • 1 min read

Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) memberikan cuti khas kepada pelajar yang layak mengundi bagi membolehkan mereka pulang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.


Menurut sumber, langkah itu diambil bagi memastikan golongan belia, khususnya pelajar institut itu tidak berdepan halangan untuk menggunakan hak demokrasi mereka.


Pada masa sama, Kelab Rakan Muda di institusi pengajian tinggi (IPT) pula dilaporkan akan membantu memudah cara mahasiswa IPT untuk pulang mengundi.


Dalam perkembangan berkaitan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengeluarkan kenyataan akan menyediakan perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi memenuhi peningkatan permintaan perjalanan ke selatan tanah air sempena PRN Johor.


Perkhidmatan tambahan itu melibatkan laluan JB Sentral–Gemas–JB Sentral dan KL Sentral–JB Sentral–KL Sentral sepanjang hujung minggu ini bagi memudahkan orang ramai, khususnya pengundi, pulang ke Johor.


Selain itu, KTMB turut menawarkan diskaun tambang sebanyak 20 peratus bagi perkhidmatan ETS tambahan tersebut sepanjang tempoh 10 hingga 12 Julai.


"Inisiatif ini bertujuan menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan rel selain memudahkan mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRN Johor," kata kenyataan KTMB.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page