top of page

Peladang ambil peluang ceburi industri berasaskan hasil pertanian - LPP

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 4
  • 1 min read


Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menggalakkan golongan peladang terutamanya menceburi industri menghasilkan produk berasaskan hasil pertanian.


Pengerusinya Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah itu bukan sahaja menambah pendapatan golongan terbabit malah memberi mereka peluang menjana kewangan lebih baik.


"Peladang tidak boleh bergantung kepada hasil tuaian semata-mata, tetapi juga boleh memproses hasil pertanian menjadi produk bernilai tambah seperti makanan sejuk beku, makanan sedia dimakan serta produk pertanian lain.


"Sebelum ini, LPP memang sudah melahirkan sejumlah usahawan dalam kalangan peladang yang berjaya. Kali ini, kita letakkan sasaran 5,000 usahawan," katanya dipetik.


Sementara itu menurutnya, lepasan universiti yang tidak mempunyai kerjaya yang sesuai dengan pengajian mereka, dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan juga wajar merebut peluang dalam sektor berpotensi besar itu.

Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKT) menyediakan pelbagai pelbagai bantuan geran dan peruntukan bagi membantu mereka yang berminat.


"Dengan adanya bantuan geran serta peruntukan yang disediakan kerajaan, peladang dan usahawan tani dapat memanfaatkan peluang untuk meningkatkan daya saing serta memperluaskan pasaran," tambahnya.

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page