top of page

Pelaburan Prinx Tire: Kerajaan Pusat cari, Kerajaan Pas Kedah 'claim' kejayaan?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 2 min read

Pelaburan besar China di Malaysia dicari oleh pemimpin Kerajaan Pusat, termasuk PM dan Menteri kanan
Pelaburan besar China di Malaysia dicari oleh pemimpin Kerajaan Pusat, termasuk PM dan Menteri kanan

Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan Pas Kedah didakwa ‘mengambil kredit’ apabila berkata kejayaan membawa masuk pelaburan besar syarikat Prinx Tire Malaysia Sdn Bhd ke Padang Terap, meskipun rekod menunjukkan usaha itu digerakkan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sejak era Kerajaan Pakatan Harapan (PH) 1.0.


Aktivis PH Kelantan, Syam Ghaz berkata, rakyat marah dengan Exco Industri dan Pelaburan Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah, serta kerajaan negeri susulan kenyataan mengenai Kulim High Tech Park pada Sidang DUN Kedah baru-baru ini yang mendakwa pelaburan bernilai RM132 bilion dicapai di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.


"Kali ini gembar-gembur kamu seolah olah Prinx Tire Malaysia Sdn Bhd di Padang Terap, Kedah dibawa masuk oleh Kerajaan Pas Kedah dan secebis ucapan terima kasih pun kamu tidak ucap kepada PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Menteri MITI Datuk Seri Tengku Zafrul yang berusaha keras membawa pelabur dari China masuk ke Malaysia (Kedah).


"Kedah Rubber City (KRC) tu sendiri dirasmikan Kerajaan PH 1.0 pada tahun 2019 dipantau MITI dan MIDA. Daripada sini, kerja-kerja mencari pelabur digerakkan oleh Menteri MITI hingga hujung tahun 2022 projek ini dimuktamadkan dan Kedah dipilih (lokasi pelaburan).


"MIDA di bawah Tengku Zafrul (MITI) yang memperkenalkan KRC secara rasmi kepada Prinx Chengsan Holding. Tahun 2024 baru syarikat Prinx Tire Malaysia Sdn Bhd didaftarkan di era kepimpinan Kerajaan Perpaduan, pada tahun 2025 ia dimuktamadkan untuk pelaburan seterusnya pada 19 November 2025 pula ia dilancarkan di Padang Terap, Kedah," katanya sambil menjelaskan perkara itu dalam satu muat naik di Facebook beliau.

Upacara pecah tanah dilakukan oleh pemimpin Kerajaan Negeri tanpa seorang pun Menteri pusat
Upacara pecah tanah dilakukan oleh pemimpin Kerajaan Negeri tanpa seorang pun Menteri pusat

Syam Ghaz berpendapat, kelemahan kerajaan sekarang dalam berpolitik adalah NCER tidak mendapat tarikh daripada Menteri MITI atau Menteri Ekonomi untuk turut hadir ketika majlis perasmian.


"Jadi yang kerja penat dan letih (ialah) Kerajaan Pusat. Yang tukang ‘claim’ dan isytihar semua ini adalah Pas Kedah.


"Bab ni nampaknya Agensi Kerajaan Pusat di negeri pembangkang terutamanya Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis kena ‘alert’.


"Kamu berlaku jujur dan telus, mereka pula pandai ambil kesempatan," bidas beliau lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page