top of page

Pelaburan Ekonomi Digital meningkat 279 peratus

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Dec 11, 2023
  • 1 min read


Kerajaan Perpaduan terbukti jauh lebih berjaya daripada Kerajaan Perikatan Nasional yang saban hari sibuk melakukan percubaan untuk 'menebuk atap' bagi menggantikan pemerintah di Malaysia dengan calon Perdana Menteri yang lebih baik.


Menurut data Kementerian Komunikasi dan Digital pelaburan berkaitan Ekonomi Digital menunjukkan telah mengalami peningkatan luar biasa pada tahun ini berbanding tempoh sama pentadbiran PN pada tahun lalu.


"Pelaburan Ekonomi Digital meningkat 279 peratus dalam enam bulan pertama tahun 2023 dengan jumlah RM28.4 bilion berbanding enam bulan pertama tahun 2022 iaitu sebanyak RM7.5 bilion," kata kenyataan kementerian itu hari ini.


Dengan rekod yang luar biasa itu rakyat seharusnya memberi sokongan padu kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus mentadbir sehingga tamat penggal bagi memastikan ekonomi Malaysia berada di landasan yang terbaik.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page