Pelabur asing tidak masuk selagi keabsahan kerajaan dipertikai - Azan




Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diingatkan agar segera memanggil sidang Parlimen dan melakukan Undi Percaya bagi menjamin ekonomi Malaysia tidak terjejas berikutan isu keabsahan kerajaan memerintah yang berpanjangan.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Terengganu, Azan Ismail, keabsahan kerajaan PN penting sekiranya negara ingin menarik pelaburan asing. Menurut beliau, Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang tidak diumumkan prestasinya sejak enam bulan lalu juga berkemungkinan disebabkan jumlahnya jauh merosot berbanding tempoh 2018 - 2019.


Katanya, pelabur asing akan terus menjauhi Malaysia sekiranya mereka kurang percaya kepada kerajaan memerintah.


"Tidak ada dalam dunia yang perdana menteri atau presidennya tidak ada keabsahan. Kita di Malaysia urusan keabsahan ini tidak selesai


"Kerajaan rampasan kuasa, siapa nak berniaga, negara mana nak melabur? Jadi selagi isu ini tak diselesaikan saya rasa ekonomi Malaysia dalam keadaan malap.


"Ia termasuk pengangguran bertambah, masalah kewangan isi rumah makin parah, hutang meningkat, malah produktiviti jatuh dan rakyat tidak mempunyai simpanan. Semua ini akan jadikan ekonomi kita merundum," jelas Azan.


Mengulas keadaan ekonomi yang lebih baik di Vietnam dan Thailand walaupun berhadapan wabak Covid-19, Azan menyatakan Malaysia tidak akan stabil ekonominya selagi masih mempunyai kerajaan yang tidak tentu sah.


"Kita lebih kurang sama dengan Vietnam, Thailand dalam skala ekonomi tetapi mereka tidak berdepan krisis kepercayaan rakyat, rakyat tak gelisah, rakyat masih memandang tinggi kepada kerajaan kerana menggunakan Perlimen dan undang-undang yang sah.


"Tetapi kita tolak ke tepi semua itu dengan Parlimen tidak bersidang, keputusan dibuat ikut suka dan tiada laporan audit," katanya lagi.


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio