top of page

Pelabuhan Klang jadi pelabuhan kapal persiaran antarabangsa - Loke



Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menyatakan rasa bangga apabila Syarikat perkapalan persiaran Costa Cruises dan Hwajing Travel & Tours (Hwajing) menjadikan Pelabuhan Klang sebagai pelabuhan pelayaran antarabangsa pertamanya di Malaysia.


Bercakap pada majlis pelancaran media Costa Serena pada Jumaat, beliau berkata, langkah itu akan menjadikan Malaysia sebagai pelabuhan pelayaran antarabangsa pertama dan merupakan langkah penting untuk menjadikan negara ini sebagai destinasi pelayaran global terkemuka.


Ia jelasnya akan meningkatkan sektor pelancongan negara dan membawa manfaat ekonomi jangka panjang untuk negara.


"Usaha hasil jalinan kerjasama antara Costa Cruises dan Hwajing ini merupakan inisiatif perintis yang menjanjikan manfaat ekonomi dan faedah yang berkekalan untuk negara.


"Ini bakal meletakkan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam penciptaan pekerjaan dalam industri pelayaran dan membuka peluang untuk sektor sokongan seperti penginapan, makanan, pengangkutan dan peruncitan," katanya.


Sementara itu, Loke memuji inisiatif Costa Cruise Lines untuk menyediakan makanan halal di atas kapal pelayarannya.


Difahamkan, Costa Serena telah melaksanakan penyesuaian menyeluruh terhadap perkhidmatan dan tawarannya untuk memenuhi keperluan dan keutamaan khusus penggembara Islam


Costa Serena juga dilaporkan telah mendapat Persijilan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Sementara itu menurut Loke, Persijilan Halal yang dimiliki Costa Serena dapat membantu menjadikan Malaysia sebagai mercu tanda untuk pengalaman pelayaran yang sensitif terhadap budaya dan keselesaan.


"Ini akan memudahkan pengembara Islam untuk menjamu selera di pelayaran tanpa sebarang kebimbangan.


"Sebagai menteri pengangkutan, saya memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kerajaan untuk usaha sebegini, yang selaras dengan aspirasi kami untuk Ekonomi Madani dan Tahun Melawat Malaysia 2026," tambahnya.


Beliau sementara itu berkata, merancang untuk pergi ke Persidangan Pelayaran Dunia di Miami, Florida, tahun ini untuk menggalakkan lebih banyak syarikat pelayaran memilih Malaysia sebagai pelabuhan mereka.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page