top of page

Pejuang rakyat cikgu Ishak Surin kembali ke rahmatullah



Pejuang rakyat yang bertapak di Kuala Lumpur cikgu Ishak Surin telah kembali ke rahmatullah pada pukul 4 pagi tadi.


Beliau merupakan antara anggota terawal Angkatan Pemuda Insaf (API) - sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) - iaitu sebuah gerakan kemerdekaan yang berpengaruh sehingga diharamkan British pada 1947.


Allahyarham kemudian bergiat aktif dalam Pas selama beberapa dekad dan kemudian menyertai Amanah apabila Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menubuhkan parti itu.


Beliau juga merupakan tunggak utama bagi sokongan Melayu ke atas Pakatan Harapan kawasan Batu dan Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan dalam beberapa pilihan raya umum.


Jenazah beliau, sebagaimana dimuatnaik di Facebook Parti Amanah Nasional akan dimandi dan dikapankan di rumahnya di lot 2763 Kg Banda Dalam. Disembahyangkan di Madrasah Tarbiah Jln Gombak jam 10.00 pagi dan di kebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Puah pada 11.00 pagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page