Pejabat Presiden kini pusat pengumpulan bantuan banjir
- Redzuan Shamsudin
- Dec 25, 2021
- 1 min read

Pejabat Presiden KEADILAN di Bukit Gasing kini dijadikan tempat pengumpulan sumbangan bantuan daripada syarikat atau orang perseorangan untuk mangsa banjir seluruh negara.
Menurut Anwar Ibrahim Club (AIC) bantuan berkenaan akan diagih-agihkan kepada mangsa banjir di serata kawasan yang terlibat.
"Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya kini menjadi pusat pengumpulan barangan hasil sumbangan beliau serta teman-teman untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang sangat terkesan dengan bencana dan musibah yang melanda baru-baru ini.
"Kami di AIC akan menjadi penggerak utama untuk menyalurkan bantuan ini supaya sampai ke mereka yang selayaknya," kata kenyataan AIC.
Terbaharu, AIC akan mengagihkan sumbangan berupa sejumlah toto, dapur, susu kotak, kotak makanan serta nasi minyak kepada mangsa-mangsa banjir di Hulu Langat dan beberapa lokasi lain.
"Kami berharap usaha serta sumbangan daripada Datuk Seri Anwar dan teman-teman ini sedikit sebanyak dapat melegakan mereka yang ditimpa musibah dan ujian banjir," kata AIC lagi.

Comments