top of page

Peguam Negara tidak wajar jadi suruhan PM dalam kes berprofail tinggi - Shamsul Iskandar



Pemenjaraan bekas Perdana Menteri Najib Razak mungkin menjadi ketakutan besar pemimpin Umno sehingga ditimbulkan cadangan untuk mengawal Peguam Negara setelah institusi kehakiman gagal ditekan oleh kerajaan sebagaimana pada era pemerintahan BN sebelum ini.


Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, ucapan Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Merdeka, PWTC pada Sabtu lalu membayangkan tekanan hebat yang dihadapi Umno sehingga timbul pula idea untuk mengganggu Peguam Negara, apabila beliau berkata: "Pelantikan Peguam Negara adalah atas nasihat PM (Perdana Menteri) dan PM harus melantik orang dia sebagai peguam negara untuk mudahkan segala urusan.”


Ucapan itu, kata Shamsul merupakan satu pencabulan kepada ketelusan institusi perundangan dan kehakiman.


"Saya tidaklah terkejut dengan kenyataan Azalina itu namun kini saranan itu telah membuka dan menunjukkan “wajah” beliau yang sebenar disebalik dilihat seolah-olah sebagai progresif lagi mendengar kehendak rakyat.


"Azalina benar-benar ingin menunjukkan beliau adalah dari kem Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan akan terus setia bersama Zahid walaupun sebelum ini telah dilantik oleh Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Shamsul lagi, Jabatan Peguam Negara adalah permulaan kepada semua proses dan prosiding kehakiman. Semua siasatan yang telus dan lengkap dari pihak PDRM serta SPRM akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dan hal itu tidak boleh diganggu gugat oleh pihak eksekutif.


"Secara ringkasnya Pejabat Peguam Negara mempunyai kuasa meneliti, menilai serta menentukan samada sesuatu kes berkenaan mempunyai asas dan bukti yang kukuh untuk mendakwa tertuduh di mahkamah.


"Di bawah Perlembagaan Persekutuan, kedudukan, peranan dan kuasa Peguam Negara adalah termaktub dalam Perkara 145. Peguam Negara adalah penasihat undang-undang utama kepada kerajaan, selain bertindak sebagai Pendakwa Raya.


"Memandangkan Peguam Negara dilantik oleh Perdana Menteri setelah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, maka adalah menjadi rahsia yang terbuka bahawa kes-kes yang berprofil tinggi dilapor terlebih dahulu kepada Perdana Menteri," katanya


Oleh itu, kata Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN itu lagi, pada era pemerintahan Najib Razak, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pernah dipecat dan digantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali kerana terbongkar cubaan untuk membawa kes Najib lebih jauh.


Kata Shamsul, Apandi Ali kemudiannya dengan segera melindungi dan menyatakan bahawa Najib tidak melakukan sebarang kesalahan dalam isu kontroversi 1MDB ketika itu.


"Dalam hal Azalina, beliau mungkin sudah nampak institusi kehakiman kini tidak lagi boleh sembarangan ditekan ataupun mudah mengikut telunjuk pihak-pihak tertentu. Maka perhatian harus ditumpu kepada Peguam Negara yang dilantik ketika era Perikatan Nasional (PN) memerintah.


"Mungkin pada fikiran Azalina, Peguam Negara masih mengikut telunjuk bekas Perdana Menteri yang melantik beliau. Pada fikiran Azalina PM harus melantik “orang dia” sebagai peguam negara untuk mudahkan segala urusan. Soalan saya pada Azalina “orang dia” ni adakah bermaksud orang yang menurut cakap Ismail, Zahid ataupun perasuah penjenayah di dalam Umno?


"Maka begitulah Umno walaupun telah rebah pada PRU sebelum ini tetapi masih tidak insaf. Nasihat saya kepada Azalina, janganlah cuba mencari jalan untuk memelihara pesalah, penjenayah, perompak negara kerana lambat laun mereka ini pasti mendapat pembalasan. Takkanlah tidak belajar lagi dari apa yang telah berlaku pada Najib Razak," sinisnya.


Justeru, Shamsul mengingatkan Azalina agar jangan cuba-cuba jadikan Peguam Negara sebagai kuda tunggangan Umno.


Umno, katanya, perlu buka hati dan celikkan mata bahawa rakyat sentiasa dahaga akan kebenaran. Rakyat juga menilai mereka yang cuba menutup kebenaran dan akhirnya rakyat pasti akan menghukum di peti undi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page