top of page

Peguam Negara bukan derhaka, hanya jalankan tugas perundangan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
11 hours ago
1 min read

Tindakan Peguam Negara mengarahkan supaya pelaksanaan pembebasan atau tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan sehingga persoalan undang-undang berkaitan diselesaikan bukan perbuatan menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong.


Aktivis politik, Fairul al Qasas berkata, tindakan itu sebaliknya merupakan sebahagian daripada tanggungjawab Peguam Negara berdasarkan Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan.


Menurutnya, peruntukan itu memberi kuasa kepada Peguam Negara untuk memberikan nasihat mengenai perkara undang-undang kepada Yang di-Pertuan Agong, Jemaah Menteri atau mana-mana menteri.

Akar umbi Umno lapor polis atas Peguam Negara
Akar umbi Umno lapor polis atas Peguam Negara

"Apabila Peguam Negara memberi arahan supaya pembebasan atau tahanan rumah DS Najib ditangguhkan sehingga persoalan undang-undang berkenaan terjawab, beliau bukan derhaka kepada titah diraja.


"Sebaliknya, beliau menjalankan peranan beliau di bawah Perkara 145(2)," katanya menerusi muat naik di media sosial.


Fairul berkata, persoalan undang-undang berkenaan tidak semestinya mengambil masa lama untuk didengar seperti kes-kes lain kerana Peguam Negara mempunyai hak untuk didengar berdasarkan Perkara 145(4).


Katanya, peruntukan itu memberikan hak kepada Peguam Negara untuk didengar dalam mana-mana mahkamah atau tribunal di Malaysia, dengan keutamaan berbanding pihak lain.


"Maka persoalan undang-undang ini boleh segera didengar dan diputuskan oleh mahkamah.


"Ini bukan tindakan derhaka. Ini prosedur biasa dalam persoalan undang-undang," katanya.


Beliau turut meminta semua pihak, khususnya Umno Maran yang membuat laporan polis semalam agar Peguam Negara diambil tindakan, supaya bersabar sementara proses perundangan berkenaan diselesaikan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page