Peguam dan aktivis, Fadhlina Siddiq sertai KEADILAN


Peguam dan aktivis, Fadhlina Siddiq membuat keputusan untuk menyertai KEADILAN secara rasminya bermula 4 Julai 2020.


Beliau merupakan peguam syarie dan mewakili firma miliknya, Tetuan Fadhlina SIddiq Associates.


Sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai peguam bela dan peguam cara serta dilantik sebagai peguam panel bagi Majlis Agama Islam Selangor.


Selain terlibat dengan perundangan, Fadhlina juga terlibat dengan aktivisme bersama badan bukan kerajaan (NGO) wanita, keluarga, masyarakat serta hak asasi manusia.


Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah melihat KEADILAN sebagai platform terbaik untuk memperjuangkan hak wanita dan membela nasib kanak-kanak yang hanya boleh dilakukan dengan mengubah dasar negara.


"Isu wanita dan kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan kerana kerjaya profesional saya sebagai peguam syarie melihat bagaimana wanita tidak mampu untuk membela nasib sendiri termasuk di mahkamah syariah.


"isu ini memerlukan satu komitmen dasar dan polisi yang lebih kuat dan akses kepada keadilan untuk dapatkan hak-hak wanita.


"Ini juga masa yang cukup terbaik untuk memperjuangkan hak yang melindungi kanak-kanak yang merupakan komitmen kerajaan terdahulu.


"Ini termasuk berkaitan perkahwinan kanak-kanak yang sepatutnya diteruskan bagi memastikan hak terus terbela," katanya ketika program Regenarasi Masa Depan Wanita KEADILAN serta penyerahan borang keahlian parti kepada Majlis Pimpinan Wanita.


Pada masa sama, Fadhlina menghargai kesudian KEADILAN untuk menerima beliau sebagai ahli baharu.


"Saya berasa rendah diri dan kerdil sebenarnya. Tapi saya berterima kasih KEADILAN dapat menerima saya.


"Sebagai seorang ahli, saya akan memberikan komitmen dan partisipasi dalam memperjuangkan proses demokrasi negara," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER