top of page

Pedofilia pengkhianatan terhadap nilai kemanusiaan – Saifuddin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 24
  • 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Seluruh masyarakat dan pihak berkuasa berganding bahu dalam melindungi kanak-kanak daripada ancaman jenayah seksual khususnya dalam talian, yang semakin membimbangkan.


Pengarah Strategi KEADILAN Selangor, Saifuddin Shafi Mohamad menegaskan bahawa jenayah pedofilia bukan sekadar salah laku terhadap individu, sebaliknya satu bentuk pengkhianatan terhadap nilai kemanusiaan dan masa depan negara.


"Kanak-kanak adalah amanah, anugerah paling berharga dalam masyarakat. Mereka berhak dilindungi, dibela dan dibesarkan dalam persekitaran yang selamat serta penuh kasih sayang.


"Tiada ruang untuk penderaan, dan tiada toleransi terhadap pemangsa yang meragut hak dan maruah anak-anak kecil. Jenayah pedofilia ditangani dengan tegas," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Terdahulu, Timbalan Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar, turut menyuarakan kebimbangan terhadap lonjakan statistik jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan pornografi kanak-kanak yang masing-masing mencatat peningkatan sebanyak 26.4% dan 139.9% pada tahun 2023.


Nurul Izzah menyifatkan data tersebut sebagai isyarat jelas bahawa sistem perlindungan sedia ada masih belum mencukupi, dan menggesa kerajaan mengambil langkah lebih tegas dan menyeluruh dalam membendung jenayah tersebut.


Sehubungan itu menurut beliau, KEADILAN akan melancarkan satu kempen akar umbi berskala besar yang memberi fokus kepada kesedaran dan pencegahan jenayah pedofilia, dengan melibatkan peranan aktif komuniti setempat.


Sementara itu Saifuddin dalam kenyataan sama menegaskan, kesedaran bagi menangani isu tersebut perlu disusuli tindakan.


Justeru, setiap lapisan masyarakat, sama ada ibu bapa, guru, pemimpin komuniti mahupun pihak berkuasa, perlu menjadi barisan hadapan dalam mencegah, melindungi dan melaporkan sebarang bentuk eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page