top of page

Pecat Azmin dan Hamzah atau Muhyiddin letak jawatan - Wong Chen


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mempunyai dua pilihan sahaja selepas permohonan darurat ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong, kata Ahli Parlimen Subang, Wong Chen.


Beliau berkata, pilihan pertama adalah Muhyiddin meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.


"Ramai percaya perdana menteri perlu letak jawatan. Dalam sejarah politik Malaysia, tidak pernah Majlis Raja-Raja menolak permohonan dari perdana menteri.


"Tetapi permohonan ini sangat mengarut, tidak masuk akal dan berniat jahat untuk menggantung Parlimen, ia sudah tentu akan ditolak oleh Agong," katanya dipetik.


Wong berkata jika Muhyiddin enggan meletakkan jawatan, pilihan kedua beliau adalah memecat menteri-menteri kanan seperti Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin yang mempengaruhi keputusannya untuk mengesyorkan perintah darurat.


"Kalau Muhyiddin tidak letak jawatan, sekurang-kurangnya dua orang menteri kanannya perlu dipecat. Kita tahu perdana menteri tidak berada dalam kesihatan yang baik ketika ini dan ada cakap-cakap yang dia dipengaruhi oleh dua menteri kanan.


"Jadi sama ada perdana menteri kanan letak jawatan atau dia pecat dua menteri kanan kerana cubaan menundukkan demokrasi negara ini.


"Sepatutnya satu langkah yang sesuai diambil bagi menghentikan krisis darurat ini, perlu ada tindakan susulan terhadap perbuatan serius atau negara kita akan terus menderita dengan kekebalan politik. Sekadar hukuman kecil sahaja tidak memadai.


"Selepas itu barulah kita boleh bekerjasama melawan Covid-19 dan berunding mengenai reformasi dan bajet," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page